JOHOR BAHRU, 5 Okt (Bernama) — Guan Chong Bhd (GCB) merancang untuk meraih sehingga RM800 juta melalui program (Sukuk Wakalah) nota jangka sederhana Islam.
Pengeluar produk koko itu berkata hasilnya, antara lain akan digunakan untuk membiayai modal kerjanya dan membiayai semula pinjaman kumpulan yang sedia ada.
Peringkat pertama terbitan itu dijangka berjumlah sehingga RM300 juta, dengan peringkat berikutnya akan diterbitkan dalam tempoh 20 tahun program itu, katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif GCB Brandon Tay Hoe Lian berkata inisiatif Sukuk Wakalah itu akan turut menyokong langkah pengembangan operasi antarabangsanya yang berterusan.
“Hasil daripada peringkat pertama akan membiayai pembinaan kilang pengisaran koko baharu kami di Ivory Coast, yang disasarkan akan memulakan operasi pada separuh kedua tahun depan,” katanya.
GCB, yang merupakan syarikat pengisar koko keempat terbesar di dunia itu berkata Sukuk Wakalah telah diberi penarafan awal AA-IS dengan prospek stabil oleh Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).
“Penarafan daripada MARC mengesahkan asas kukuh model perniagaan dan kewangan GCB yang mampan,” kata Tay, sambil menambah trajektori pertumbuhan GCB dijana oleh peningkatan kapasiti di Asia Tenggara.
Selain itu, katanya program Sukuk Wakalah turut akan menyokong pengembangan syarikat di Eropah, susulan pengambilalihan pengeluar coklat industri Schokinag di Jerman, serta tanah dan bangunan di United Kingdom.
GCB mendirikan kilang pengisaran koko 60,000 tan metrik (MT) di Ivory Coast dengan anggaran kos sebanyak 50 juta hingga 60 juta euro, menjadi fasa pertama pelaburannya dalam pengeluar koko terbesar di dunia.
Kilang baharu itu dijangka meningkatkan kapasiti pengisaran tahunan kumpulan daripada 250,000 MT pada masa ini kepada 310,000 MT.
Syarikat itu berkata kilang pengisaran di Ivory Coast juga akan membekalkan keperluan bahan koko kumpulan untuk operasinya di Jerman dan memberi sokongan yang diperlukan untuk berkembang di Eropah.
Tahap kadar hutang kasar GCB sehingga 30 Jun, 2020 sebanyak 0.6 kali, terdiri daripada pinjaman jangka pendek.
Dengan terbitan pertama berjumlah RM300 juta, tahap kadar hutang kasar kumpulan diunjurkan meningkat kepada 0.8 kali, katanya.
— BERNAMA
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->