fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Econframe Sasar Raih RM18.20 Juta Daripada IPO

in Catalyst
A A
Econframe Sasar Raih RM18.20 Juta Daripada IPO

Sumber Gambar : The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Penyedia penyelesaian sistem pintu secara menyeluruh, Econframe Bhd (Econframe) menyasarkan untuk meraih RM18.20 juta daripada penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 27 Okt.

Pengarah Urusan Econframe Group Lim Chin Horng berkata daripada hasil daripada tawaran awam permulaan (IPO), sebanyak 27.5 peratus atau RM5 juta akan diperuntukkan untuk pembelian tanah dan pembinaan kilang pengeluaran baharu dan 22 peratus atau RM4 juta untuk automasi proses pengeluaran.

“Sebanyak 34.1 peratus (RM6.2 juta) lagi untuk keperluan modal kerja dan baki 16.4 peratus (RM3 juta) akan digunakan untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian,” katanya pada pelancaran prospektus syarikat itu di sini hari ini.

Lim berkata langkah IPO syarikat itu melibatkan terbitan 65 juta saham baharu dan tawaran jualan sebanyak 32.5 juta saham sedia ada pada RM0.28 seunit.

Permohonan untuk terbitan awam dibuka mulai hari ini dan akan ditutup pada 12 Okt pada 5 petang.

Mengenai kilang pengeluaran baharu itu, Lim berkata ia akan terletak di Kapar, Selangor, dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Pelan kami ialah menyepadukan seluruh operasi dalam kilang baharu itu untuk meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti kami; dan bagi empat kilang lain, kami akan meneliti sama ada kami akan menjual atau mengembangkannya,” katanya.

Selain itu, syarikat turut merancang untuk melengkapi kilangnya dengan teknologi robotik maju untuk meningkatkan kapasiti operasi tahunannya sebanyak 35 peratus untuk pengeluaran bingkai pintu logam dan pintu rintangan api.

“Kami turut merancang untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran merangkumi pintu kayu yang kini diperoleh daripada pembekal pihak ketiga,” katanya.

Lim berkata sehingga 6 Sept, nilai perolehan kontrak Econframe sebanyak RM47 juta.

Mengenai prestasi kewangan syarikat, beliau berkata perolehan meningkat daripada RM35.49 juta pada tahun kewangan 2017 kepada RM44.09 juta pada tahun kewangan 2019, mewakili kadar pertumbuhan tahunan terkumpul untuk tempoh dua tahun sebanyak 11.5 peratus.

Mengenai masa depan, katanya syarikat turut mengkaji potensi pasarannya di China.

Sejak penubuhannya pada 2001, Econframe telah membekalkan produknya kepada pemaju hartanah terkemuka, termasuk Eco World, Sime Darby, S P Setia, Gamuda dan IJM Land. 

— BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share235ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In