• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Caring Pharmacy Perluas Operasi Menerusi Pembelian Kepentingan

in Catalyst
A A
Caring Pharmacy Perluas Operasi Menerusi Pembelian Kepentingan

Sumber Gambar : Ranechin

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Anak syarikat 75 peratus milik 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (SEM), Caring Pharmacy Retail Management Sdn Bhd, menyasarkan perluasan di wilayah utara Semenanjung Malaysia menerusi cadangan pembelian kepentingan ke atas aset perniagaan tertentu dan farmasi runcit.

SEM berkata Caring hari ini menandatangani beberapa perjanjian bersyarat dengan pelbagai vendor untuk melaksanakan cadangan pembelian itu yang bernilai RM48.86 juta.

Dalam kenyataan bersama hari ini, SEM dan Caring berkata Caring memeterai perjanjian untuk membeli 67 peratus kepentingan The Pill House Pharmacy Sdn Bhd (TPH) pada RM25.51 juta dan 60 peratus kepentingan Wellings Pharmacy Sdn Bhd pada RM19.90 juta.

Caring dan TPH juga menandatangani perjanjian untuk membeli aset perniagaan tertentu dalam tiga cawangan yang kini dipegang oleh Farmasi Sri Nibong Sdn Bhd serta aset perniagaan tertentu dalam sebuah cawangan yang dipegang oleh Farmasi Sri Nibong (Pekaka) Sdn Bhd masing-masing pada RM3 juta dan RM0.45 juta.

Berdasarkan perolehan proforma kumpulan Caring bagi tahun kewangan 2019, cadangan pembelian itu akan meningkatkan perolehan yang disatukan Caring sebanyak 48.8 peratus daripada RM573.25 juta kepada RM852.92 juta.

“Caring dan anak-anak syarikatnya mengoperasikan rantaian farmasi komuniti di Malaysia terutama di bawah jenama CARiNG dengan lebih 100 cawangan yang sebahagian besarnya terletak di Lembah Klang, Melaka dan Johor.

“Cadangan pembelian itu berperanan sebagai platform baharu bagi pertumbuhan Caring, dengan memperluas perniagaan kami ke wilayah utara Malaysia meliputi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis,” kata Pengarah Urusan Caring Pharmacy Group Bhd, Chong Yeow Siang.

Beliau berkata langkah ini juga membolehkan Caring Group memanfaatkan kelebihan jenama serta reputasi Farmasi Georgetown dan Farmasi Wellings di wilayah utara, sekali gus dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan masa depan kumpulan Caring dan seterusnya SEM.

Cadangan pembelian itu dijangkakan selesai pada akhir tahun ini.

Susulan selesainya cadangan pembelian itu nanti, farmasi Kumpulan Caring akan meningkat kepada 165 daripada 139 cawangan, dengan tambahan 26 farmasi, beroperasi di bawah tiga nama jenama — Farmasi Caring, Farmasi Georgetown dan Farmasi Wellings.

Kumpulan TPH terlibat terutama dalam peruncitan produk farmaseutikal, penjagaan kesihatan dan penjagaan peribadi di bawah farmasi jenama Farmasi Georgetown di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Kumpulan Wellings pula menjalankan aktiviti peruncitan produk farmaseutikal, penjagaan kesihatan dan penjagaan peribadi di bawah nama Farmasi Wellings di Pulau Pinang.

— BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share251ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In