• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat sedikit ketika mengakhiri sesi dagangan pagi ini susulan dagangan dalam jajaran kecil yang merentasi semua papan pasaran.

Pada rehat tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.00 mata kepada 1,517.43 berbanding 1,512.43 sewaktu ditutup semalam.

Pasaran secara amnya menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 481 berbanding 438 manakala 394 kaunter tidak berubah, 782 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 3.22 bilion bernilai RM2.02 bilion.

Seorang penganalisis berkata sentimen pasaran secara keseluruhannya kekal lengang dan dijangka sedemikian sehingga penggiat mendapat pemangkin baharu.

Malah, susulan peningkatan jumlah kes COVID-19 di negara ini yang mencecah paras rekod semalam, beliau berkata terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan semula sama ada di peringkat negeri atau seluruh negara.

Dari sudut indeks, teknologi kekal mencatat prestasi cemerlang susulan tarikan digitalisasi manakala penjagaan kesihatan menyaksikan penyusutan terbesar di semua indeks berikutan aktiviti pengambilan untung.

Bagi saham wajaran tinggi, Maxis untung 16 sen kepada RM5.06, Petronas Chemicals naik 14 sen kepada RM6.04, Sime Darby menokok enam sen kepada RM2.36 dan Maybank meraih sembilan sen kepada RM7.21.

Saham paling untung didominasi oleh saham teknologi, UWC yang naik 18 sen kepada RM6.66, Vstecs meningkat 16 sen kepada RM2.08 dan Pentamaster menambah 17 sen kepada RM5.31.

Bagi papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 18.91 mata kepada 10,944.76 manakala Indeks FBM Emas Shariah susut 6.84 mata kepada 13,073.18.

Indeks FBM 70 berkurangan 52.47 mata kepada 14,328.37, Indeks FBMT 100 naik 16.39 mata kepada 10,765.53 dan FBM ACE menokok 48.86 mata kepada 10,306.82.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 89.08 mata kepada 12,499.87, Indeks Perladangan merosot 0.09 mata kepada 6,995.95 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri mengukuh sebanyak 0.95 mata kepada 140.94.

— BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share252ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In