fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kebimbangan Peningkatan Covid-19

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini susulan momentum penurunan ketika negara menyaksikan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang mendadak.

Sewaktu ditutup, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.96 mata kepada 1,509.47 daripada 1,512.43, semalam,

Indeks penanda aras itu dibuka pada paras 1,515.70 dan bergerak dalam jajaran 1,508.18 hingga 1,522.32 sepanjang dagangan hari ini.

Kaunter rugi mengatasi untung iaitu 749 berbanding 315, sekali gus melenyapkan peningkatan awal manakala 417 kaunter lain tidak berubah, 614 tidak didagangkan dan 20 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 6.02 bilion saham bernilai RM3.80 bilion daripada 6.34 bilion saham bernilai RM4.59 bilion.

Seorang penganalisis ekuiti berkata peralihan pasaran itu dapat dilihat sejak tengah hari lagi selepas angka kes COVID-19 bagi hari ini dijangkakan mencatat peningkatan mendadak manakala Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi perutusan khas menerusi stesen televisyen rasmi pada 6 petang.

Muhyiddin, yang kini menjalani kuarantin kendiri selepas berada dalam mesyuarat sama dengan seorang menteri Kabinet yang disahkan positif COVID-19 semalam.

Pada awal hari ini, kerajaan telah melarang perjalanan ke Sabah yang juga antara pusat penularan bagi kes COVID-19.

Menurut penganalisis itu : “Peningkatan drastik itu akan membabitkan pelaksanaan lebih banyak sekatan yang akan menjejaskan perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana dan sektor pelancongan yang baharu bertapak semula susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas.

“Kami menjangkakan aktiviti jualan ketara di pasaran esok, yang hanya menghampiri kedudukan lebihan jualan. Bagaimanapun, selagi COVID-19 belum reda, pasaran ekuiti dijangka terus diasak dengan tekanan risiko penyusutan,” katanya.

Ditanya sama ada prestasi kaunter penjagaan kesihatan dapat mengekang aliran penurunan itu, khususnya saham-saham pengeluar sarung tangan dan farmaseutikal, beliau berkata kaunter terbabit sememangnya tersenarai sebagai saham pilihan pelabur bagi jangka panjang.

“Pelabur runcit tidak akan terbabit kali ini sepertimana sebelumnya berikutan tempoh moratorium bagi bayaran balik pinjaman, sudah pun berakhir. Pertumbuhan tetap ada, namun lebih kepada momentum organik,” katanya.

Dari sudut analisis teknikal, KLCI kini berada pada paras rintangan 1,515 manakala paras sokongan pada 1,480. 

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maxis naik 14 sen kepada RM5.04, Petronas Chemicals untung 10 sen kepada RM6.00, Tenaga Nasional menokok 14 sen kepada RM10.54 dan Maybank meraih tujuh sen kepada RM7.19.

Bagi kaunter paling untung, Vitrox menambah 22 sen kepada RM12.90, BLD Plantation naik 28 sen kepada RM7.80 manakala Nestle melonjak 70 sen kepada RM140.30.

Kaunter rugi pula menyaksikan Hartalega susut 54 sen kepada RM17.02, Malaysian Pacific turun 48 sen kepada RM19. 12 dan Supermax susut 48 sen kepada RM9.23.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas merosot 47.85 mata kepada 10,877.99 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 89.52 mata kepada 12,990.50.

Indeks FBM 70 merosot 140.97 mata kepada 14,239.86, Indeks FBMT 100 turun 42.64 mata kepada 10,706.50 manakala FBM ACE susut 16.61 mata kepada 10,241.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 38.08 mata kepada 12,449.87, Indeks Perladangan susut 32,46 mata kepada 6,963.58 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.44 mata kepada 139,55.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.48 bilion saham bernilai RM929.56 juta daripada 2.24 bilion saham bernilai RM964.80 juta pada Isnin.

Waran merosot kepada 696.22 juta unit bernilai RM182.44 juta daripada 782.00 juta unit bernilai RM233.88 juta semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 745.47 juta saham didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (899.95 juta), pembinaan (166.94 juta), teknologi (385.83 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (32.96 juta), hartanah (164.46 juta), perladangan (40.24 juta), REIT (7.26 juta), dana tertutup (6.000), tenaga (172.00 juta), penjagaan kesihatan (112.71 juta), telekomunikasi dan media (34.32 juta), pengangkutan dan logistik (71.22 juta) serta utiliti (9.21 juta).

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share263ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

15 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 days ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In