• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 6 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan momentum memberangsangkan semalam dengan dibuka tinggi pagi ini, dipacu oleh prestasi menggalakkan di hampir kesemua indeks.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.27 mata kepada 1,514.70 daripada 1,512.43 ketika ditutup semalam.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 272 berbalas 114 manakala 266 kaunter tidak berubah, 1,443 tidak diniagakan dan 20 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 313.40 juta unit bernilai RM209.83 juta.

Malacca Securities dalam nota ekuitinya hari ini berkata dengan bursa tempatan bertukar kepada trend sedikit rancak di celah-celah kebangkitan semula momentum belian untuk kaunter berwajaran tinggi sarung tangan ekoran melonjaknya kes COVID-19, pergerakan FBM KLCI kini akan ditentukan oleh kaunter berwajaran tinggi sarung tangan.

“Dalam pada itu, pihak berkuasa kerajaan telah menafikan desas-desus berkenaan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Begitu juga, saham berharga murah dan pasaran lebih meluas kini dalam mod pemulihan dengan para pelabur mengambil kesempatan di atas aktiviti urus niaga yang kian rancak,” katanya.

Ia menambah indeks utama juga telah meningkat dan seterusnya berlegar dalam zon positif.

“Kami percaya momentum belian jangka pendek boleh mendorong bursa tempatan bergerak ke arah paras halangan segera 1,520 dan diikuti dengan paras 1,540.  Sementara itu, paras sokongan akan kekal pada 1,480, diikuti dengan1,450. Indeks berada di bawah kedudukan terlebih jual dengan RSI kekal di bawah paras 50,” tambahnya.

Dalam kalangan prestasi saham berwajaran tinggi, Tenaga Nasional naik 10 sen kepada RM10.50, Maybank meningkat lima sen kepada RM7.17, Dialog mengukuh tujuh sen kepada RM3.87, Petronas Chemical bertambah tiga sen kepada RM5.93 dan Sime Darby lebih tinggi dua sen kepada RM2.32.

Kaunter paling untung pula, peserta teknologi menguasai carta dengan Malaysia Pacific melonjak 26 sen kepada RM19.86, JF Technologies meningkat 14 sen kepada RM3.97 dan UWC bertambah 11 sen kepada RM6.59.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 22.83 mata kepada 10,948.68 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 26.08 mata kepada 13,106.10.

FBM 70 menokok 39.46 mata kepada 14,420.30, Indeks FBMT 100 meningkat 19.58 mata kepada 10,768.72 dan FBM ACE mengukuh 34.13 mata pada 10,292.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 23.87 mata kepada 12,434.66, Indeks Perladangan turun 20.26 mata kepada 6,975.78 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.51 mata pada 140.50.

– BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In