fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

BNM Dijangka Kekalkan OPR Tidak Berubah Pada Mesyuarat November – OCBC

in Berita
A A
BNM Dijangka Kekalkan OPR Tidak Berubah Pada Mesyuarat November – OCBC

Sumber Gambar : Nicky Loh/Bloomberg

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — OCBC Bank menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 1.75 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang dijadual berlangsung 3 Nov ini.

OCBC berkata ini berlandaskan andaian bahawa usaha membendung pandemik COVID-19 akan berhasil.

Bank pusat telah mengurangkan OPR sebanyak empat kali berturut-turut tahun ini, bermula dengan penurunan 25 mata asas (bps) semasa mesyuarat pada Januari dan Mac, disusuli pengurangan 50 bps pada Mei dan 25 bps lagi pada Julai.

“Risiko pengurangan berkenaan juga meningkat sejajar dengan jumlah kes dalam tempoh penting beberapa minggu akan datang,” menurut OCBC dalam nota penyelidikan hari ini.

Malaysia merekodkan 317 kes baharu pada Sabtu sekali gus menjadi angka tertinggi, diikuti 293 kes pada Ahad.

Sabah menjadi pusat jangkitan bagi penularan terkini itu susulan berlangsungnya Pilihan Raya Negeri minggu lepas manakala kluster baharu dikesan di Kedah dan beberapa kawasan di Selangor juga sebagai punca jangkitan bagi kes di ibu negara.

OCBC  berkata walaupun pihak berkuasa mengingatkan mengenai keperluan mengenakan semula langkah sekatan sekiranya kes mencecah tiga angka seperti dicatatkan pada masa ini, namun kebimbangan telah wujud sekiranya satu lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Buat masa ini, jangkaan mengenai PKP itu masih rendah dengan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) menjelaskan tiada keperluan untuk mengenakan perintah sekatan buat masa ini, memandangkan sifat kenaikan baru-baru ini agak terpencil.

“Namun, sehingga penurunan kes lebih menyakinkan, kebimbangan mengenai satu lagi langkah sekatan tidak akan akan reda,” katanya.

OCBC kekal berharap kesedaran sosial lebih baik berbanding semasa awal tahun ini dapat membantu Malaysia mengelakkan perintah kawalan pergerakan.

Namun persekitaran yang lebih tidak menentu akan menjejaskan pemulihan ekonomi yang baru ditunjukkan, berdasarkan petunjuk seperti pembelian menerusi kad kredit dan penjualan kereta baru-baru ini, katanya.

— BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share204ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In