Sama ada kita sedar atau pun tidak, banyak perkara di sekeliling kita yang berhubung kait sesama sendiri. Setiap satu mempunyai fungsi tersendiri untuk melengkapi satu sama lain. Sebuah rumah tidak lengkap jika tiada tiangnya, kereta F1 sekalipun tidak mampu menjuarai perlawanan lumba kereta andai kurang satu tayarnya.

Begitu juga halnya dengan pasaran saham di Bursa Malaysia.
Walaupun harga dan minat belian sesuatu saham syarikat menggambarkan jenama atau nama syarikat tersebut, namun sedikit sebanyak ianya memberi tempias kepada saham syarikat-syarikat yang lain. Leader di sini bermaksud saham–saham yang sangat cepat memberikan respons terhadap apa–apa catalyst berkaitan sesuatu sektor.
Manakala Laggard pula bermaksud, saham–saham yang lambat memberikan respons dan kebiasaannya bergerak selepas saham–saham Leader telah pun berjalan terlebih dahulu.
Kaitan Catalyst dengan Sektor Saham

Gambar di atas menggambarkan situasi kes penularan Covid-19 yang semakin meningkat walaupun pasca PKP. Biarpun secara realitinya perkara sebegini bukan suatu perkara yang kita inginkan, namun berita sebeginilah yang menjadi catalyst kepada sektor sarung tangan atau perubatan yang menjadi tumpuan para pelabur.
Kenapa perlu kaji latar belakang syarikat? Agar kita tidak terbeli saham syarikat yang tiada kena-mengena dengan catalyst sebegini. Maka yang menjadi tumpuan para pelabur adalah syarikat seperti Top Glove, Supermax, HLT, dan juga Careplus bukanlah syarikat lain seperti Hibiscus, Gdex, Hohup dan seumpamanya.
Penting untuk kita kaitkan berita dengan syarikat dalam sektor yang terkesan untuk kita mengenal pasti sektor apa yang bakal menjadi tumpuan para pelabur.
Kaitan Modal Pasaran Dalam Sektor Saham
Setelah mengenal pasti sektor saham terbabit, dengan mudah untuk kita mengenal pasti siapa Leader dan siapa Laggard berdasarkan modal pasaran di Bursa Malaysia.

Untuk sektor sarung tangan, kita dapati bahawa saham syarikat Top Glove merupakan Leader dalam industri atau sektor sarung tangan dengan pasaran modal RM68.79 bilion kemudiannya disusuli oleh Hartalega iaitu RM55.73 bilion.
HLT dan Escream merupakan contoh Laggard dengan pasaran modal yang jauh lebih kecil iaitu RM776 juta dan RM205 juta.
One Buffalo Brings Mud And The Entire Herd Gets Muddy
Apabila Leader mengungguli sektornya tersendiri, sebarang berita baik atau berita buruk Leader akan terpalit kepada Laggard juga.

Sebagai contoh, Bursa Malaysia pernah menggantung saham dagangan Top Glove pada 16 Julai yang lalu apabila Amerika Syarikat menimbulkan isu kes buruh paksa syarikat tersebut.
Saham syarikat Top Glove jatuh mendadak disebabkan isu tersebut namun tidak semena–mena harga saham syarikat HLT juga jatuh, bahkan gap down pula!

Leader dan Laggard merupakan salah satu teknik mudah untuk melabur di pasaran Bursa Malaysia tanpa perlu mengambil berat berkenaan Langkah-Langkah Pemilihan Saham Berdasarkan Carta.
Selain perlu sensitif terhadap catalyst di luar sana, perlu juga kita perbanyakan membaca serta mengenal pasti syarikat dan sektor saham yang berkaitan. Kata orang, membaca itu jabatan ilmu!
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)