• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit UEM Pertimbang Gabung Dengan Eco World

in Catalyst
A A
Unit UEM Pertimbang Gabung Dengan Eco World
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — UEM Group Bhd (UEM) mengemukakan cadangan agar UEM Sunrise Bhd dan Eco World Development Group Bhd (Eco World) mempertimbang dan berbincang mengenai potensi penggabungan kedua-dua syarikat itu yang bakal membentuk antara syarikat pembangunan hartanah terbesar di Malaysia selain mengekalkan penciptaan nilai dan pertumbuhan jangka panjangnya.

UEM yang juga anak syarikat dengan pemilikan 100 peratus oleh Khazanah Nasional Bhd juga menyifatkan penggabungan unit dengan kepentingannya sebanyak 66.1 peratus, dengan Eco World itu akan turut mewujudkan peluang bagi sebuah syarikat berkaitan kerajaan sedia ada untuk bekerjasama dengan sektor swasta.

Ini sekali gus dapat membentuk salah satu syarikat pembangunan hartanah terbesar di Malaysia dengan unjuran nilai pembangunan kasar sebanyak RM173.2 bilion dan aset tanah melebihi 6,880 hektar di peringkat tempatan.

“Kumpulan ini percaya pengukuhan industri itu dapat memberi nilai bagi semua pihak berkepentingan.

“Mengambil kira situasi makroekonomi mencabar yang dijejaskan lagi oleh pandemik COVID-19 telah mewujudkan keperluan mendesak untuk syarikat pembangunan hartanah tempatan menambah baik keutuhan perniagaan masing-masing menerusi perkongsian sumber dan keupayaan bagi memperkukuh prestasi dan kelestarian perniagaan bagi jangka panjang,” kata syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut UEM, Lembaga Pengarah kedua-dua syarikat tersebut akan menilai secara berasingan berkenaan manfaat cadangan berkenaan dan memutuskan sama ada perbincangan lanjut berkaitan perlu diteruskan.

Persetujuan cadangan penggabungan itu akan menyaksikan UEM muncul sebagai entiti lebih besar yang mana ia akan mengeluarkan saham dan waran baharu sebagai pertukaran bagi saham dan waran milik Eco World.

UEM Sunrise yang bersaiz besar ini akan mengekalkan status penyenaraian di Bursa Malaysia dan UEM akan menjadi pemegang saham tunggal terbesar dalam UEM Sunrise yang bersaiz lebih besar dengan pemilikan ekuiti sebanyak 43.0 peratus manakala pemegang saham Eco World akan memiliki 24.2 peratus kepentingan ekuiti tersebut.

Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (termasuk UEM) secara bersama akan memiliki pegangan melebihi 50.0 peratus.

Sementara itu, setakat 10.45 pagi ini, saham-saham UEM Sunrise naik lima sen kepada 41 sen dengan sejumlah 12.89 juta saham berpindah tangan manakala saham Eco World menokok 3.5 sen kepada 43 sen dengan 21.83 juta saham didagangkan.

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share444ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In