Potensi dan prestasi saham sesuatu syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia boleh dijangkakan sejak daripada hari pertama penawarannya di pasaran saham lagi, iaitu IPO Listing Day.
Sekitar Jun 2019, IPO syarikat Greatech Technology Bhd (Greatec) ditawarkan pada harga RM0.61, dan ia mendapat permintaan yang amat tinggi, melebihi berganda-ganda daripada jumlah saham yang mereka terbitkan pada asalnya.

Berdasarkan keratan berita di atas, permohonan daripada orang awam bumiputera terhadap IPO syarikat Greatec melebihi 9 kali ganda daripada jumlah unit yang ditawarkan. Di sini, kita faham bahawa orang ramai telah mengenal pasti potensi yang ada pada syarikat ini sehingga berebut untuk memilikinya.
Maka, boleh kita jangkakan bahawa syarikat Greatec ini mempunyai potensi berkembang dengan sangat hebat pada masa hadapan.
Bagaimana dengan IPO yang ditawarkan oleh syarikat Solarvest Holdings Bhd pula?

Syarikat Solarvest menerima permohonan sebanyak 35 kali ganda daripada jumlah unit yang mereka tawarkan kepada orang awam.
Melihat kepada jumlah permohonan ini sahaja, ianya dapat memberikan kita gambaran tentang potensi yang ada pada IPO syarikat ini. IPO dengan minat belian yang tinggi serta terlebih subscribe ini pasti memiliki cerita menarik di sebaliknya yang perlu difahami dan dikaji.
Berita seperti ini memberikan petanda bahawa IPO syarikat seperti ini akan melonjak naik harganya pada hari pertama ia disenaraikan di Bursa Malaysia lagi seperti yang boleh kita lihat pada dua carta di bawah.
Mereka masing-masing memiliki candle hijau yang tinggi pada hari pertama disenaraikan di Bursa Malaysia, kemudian lihatlah pula sejauh mana ia terus menaik tinggi di sepanjang penyenaraiannya.


Sekarang, kita akan melihat pula potensi IPO yang dikatakan memberi refleksi yang kurang baik kepada prestasi sahamnya. Sebagai contoh, IPO yang ditawarkan oleh syarikat Innature Berhad.

Apa yang boleh difahami dengan candle merah ini adalah, harga saham syarikat ini telah jatuh dari harga sekitar RM 0.72 kepada RM 0.655 pada hari pertama ia disenaraikan lagi. Volume berwarna merah pada bahagian bawah carta menunjukkan bahawa terdapat kadar penjualan yang amat tinggi telah berlaku.
Di sini dapatlah kita faham bahawa prestasi dan potensinya berada pada tahap yang tidak memberangsangkan dan tidak sesuai dijadikan instrumen pelaburan.
Setelah memahami tentang potensi yang ada dengan melihat kepada pergerakan harga yang berlaku pada carta, maka kini fahamlah kita tentang syarikat baharu disenaraikan, yang manakah sesuai dijadikan pilihan sebagai instrumen pelaburan?
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)