• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Kenaikan Saham Global

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini sejajar dengan kenaikan saham-saham global dan peningkatan optimisme terhadap rangsangan fiskal AS yang baharu.

Pada penutupan dagangan, FBM KLCI menambah 12.13 mata kepada 1,512.43 daripada 1,500.30 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks itu dibuka pada 1,501.08 dan bergerak di antara 1,498.81 dengan 1,513.37 sepanjang dagangan hari ini.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 728 berbanding 344 manakala 407 kaunter tidak berubah, 617 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6.34 bilion saham bernilai RM4.59 bilion daripada 5.47 bilion saham bernilai RM4.08 bilion ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Penganalisis berkata pembelian kukuh ke atas saham penjagaan kesihatan, teknologi serta saham berharga rendah adalah daripada pelabur runcit tempatan dan asing.

“Memandangkan Rumah Putih bersedia bagi satu lagi pakej rangsangan untuk menangani impak ekonomi ekoran pandemik COVID-19, saham global menunjukkan petanda pergerakan meningkat hari ini,” katanya.

Indeks penjagaan kesihatan meningkat 3.06 peratus, teknologi menokok 1.59 peratus dan Pasaran ACE menambah 2.52 peratus.

Beliau berkata bagi keseluruhan pasaran, sentimen pasaran tetap berhati-hati kerana dunia merekodkan kenaikan kes COVID-19 secara ketara dan kebimbangan mengenai perintah sekatan pergerakan dikeluarkan sekali lagi masih berlanjutan.

Dari sudut teknikal, sokongan kekal pada paras 1,490 manakala rintangan segera kini diletakkan pada 1,520, katanya.

Bagi saham berwajaran tinggi, Top Glove melonjak 16 sen kepada RM8.92, IHH meningkat sembilan sen kepada RM5.09, Axiata naik enam sen kepada RM2.94 dan IOI Corporation menambah 10 sen kepada RM4.50.

Indeks berkaitan kesihatan juga mendominasi pasaran untung, dengan majoriti waran Supermax mendahuluinya, diikuti Rubberex yang melonjak 33 sen kepada RM6.04 sementara Malaysia Pasifik meningkat 64 sen kepada RM19.60.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 104.14 mata kepada 10,925.85 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 158.39 mata kepada 13,080.02.

FBM 70 menokok 181.85 mata kepada 14,380.84, Indeks FBMT 100 menambah 98.93 mata kepada 10,745.14 dan FBM ACE melonjak 254.08 mata pada 10,257.96.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 31.26 mata kepada 12,410.79, Indeks Perladangan menokok 89.23 mata kepada 6,996.04 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 3.51 mata kepada 139.99.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 782.00 juta unit bernilai RM233.88 juta daripada 669.96 juta unit bernilai RM190.87 juta pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula sebanyak 2.24 bilion saham bernilai RM964.80 juta berbanding 2.03 bilion saham bernilai RM974.51 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.35 bilion saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (998.53 juta), pembinaan (137.75 juta), teknologi (212.11 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (26.37 juta), hartanah (193.14 juta), perladangan (32.26 juta), REIT (47.58 juta), dana tertutup (6,000), tenaga (132.25 juta), penjagaan kesihatan (160.76 juta), telekomunikasi dan media (29.20 juta), pengangkutan dan logistik (31.63 juta) serta utiliti (82.60 juta).

— BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In