• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia bermula baik minggu ini apabila dibuka tinggi pada pagi ini bangkit daripada penurunan pada minggu lepas, dipacu oleh prestasi menggalakkan dalam hampir kesemua indeks.  

 Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik  0.78 mata kepada 1,501.08 daripada paras penutup 1,500.30 pada Jumaat minggu lepas.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 244 berbanding 153, manakala 253 kaunter tidak berubah, 1,446 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 279.75 juta unit bernilai RM196.80 juta.

Seorang penganalisis berkata meskipun kebimbangan akan lonjakan kes baharu COVID-19, indeks petunjuk pasaran itu yang mencecah kedudukan terlebih jualan dijangka melantun semula, mendapat rangsangan daripada permintaan terhadap kategori saham tertentu. 

“Saham perbankan dijangka mencatatkan prestasi tinggi apabila pinjaman tidak berbayar dijangka dapat diuruskan dengan baik dengan bantuan moratorium berasasar manakala saham perladangan juga diunjur berada dalam aliran meningkat berikutan kedatangan musim hujan dan kaunter penjagaan akan meneruskan momentum meningkatnya apabila kes COVID-19 terus bertambah,” katanya. 

Beliau berkata dari perspektif teknikal, tanpa mengira keadaan tidak dijangka, indeks KLCI dijangka diniagakan antara paras 1,500 dan 1,515 dengan paras sokongan diunjur pada 1,490. 

Mengenai prestasi indeks lain, beliau berkata, kaunter teknologi akan terus menjadi pilihan baharu pelabur sejajar dengan usaha pendigitalan di seluruh dunia, manakala produk perindustrian dijangka lemah sedikit apabila kuasa beli mungkin menurun disebabkan peningkatan bilangan kes COVID-19. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM7.14, CIMB meningkat satu sen kepada RM3.07, Axiata dan IHH menokok dua sen setiap satu masing-masing kepada RM2.90 dan RM5.02 dan Kuala Lumpur Kepong menambah 16 sen kepada RM22.86. 

Menerajui senarai kaunter untung ialah Kossan Rubber dan warannya yang meningkat 18 sen dan 10 sen masing-masing kepada RM14.80 dan RM1.85, Prolexus dan QL kedua-duanya naik 15 sen masing-masing kepada RM1.37 dan RM9.99 manakala Time menambah 10 sen kepada RM12.18. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 9.78 mata kepada 10,831.48, Indeks FBM Emas Shariah naik 11.44 mata kepada 12,933.07 dan FBM 70 menokok 38.92 mata kepada 14,237.90.

Indeks FBMT 100 meningkat 11.58 mata kepada 10,661.78 dan FBM ACE menokok 73.99 mata kepada 10,077.87.

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In