KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Global Facilities Management Sdn Bhd (GFMSB), anak syarikat milik penuh GFM Services Bhd, berjaya meraih kontrak penyediaan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan (O&M) di Perkampungan 1 & 2 Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.
Kerja-kerja O&M itu turut merangkumi kesemua kemudahan sekutu, bangunan bukan proses dan bangunan di PIC.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia perkhidmatan pengurusan kemudahan bersepadu itu berkata kontrak tiga tahun yang bermula 14 Sept, 2020 itu diperoleh daripada PRPC Utilities and Facilities Sdn Bhd dan PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd.
Mengikut Surat Penganugerahan kontrak itu, skop perkhidmatan GFM termasuk perkhidmatan O&M bangunan, kemudahan dan utiliti, pemuliharaan bangunan dan kemudahan, khidmat operasi kantin dan katering, bekalan bahan boleh dimakan dan keperluan, penyelenggaraan tempat berkumpul PIC dan sebagainya.
Sementara itu, Naib Pengerusi Eksekutif GFM Ruslan Nordin berkata urus niaga tersebut merupakan yang kedua untuk syarikat tersebut.
“Kami sebelum ini menyediakan perkhidmatan pengurusan kem pekerja ketika tempoh pembinaan kilang perekah di situ.
“Oleh itu, kejayaan meraih kontrak itu turut membuktikan keyakinan pelanggan terhadap kemampuan kami memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bertepatan masanya. Ini juga amat bermakna dari segi portfolio senarai projek kumpulan dan membolehkan GFM mendapat tarikan selanjutnya dalam sektor minyak dan gas.”
GFM juga menjangkakan kontrak itu dapat menyumbang secara positif kepada pendapatan serta meningkatkan perolehan kontrak kumpulan berkenaan.
— BERNAMA
Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->