KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Sunsuria Bhd telah menceburi pembangunan projek kediaman bertingkat tinggi di Bangsar dan projek komersial bercampur di sepanjang Lorong Tuanku Abdul Rahman, di sini.
Penglibatan itu bermula selepas syarikat tersebut menandatangani perjanjian langganan saham bersyarat dan pemegang saham dengan Bangsar Hill Park Development Sdn Bhd (BHP Development), Suez Capital Sdn Bhd, Dasar Temasek Sdn Bhd dan Sunsuria KL Sdn Bhd.
Sunsuria dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia akan memperoleh 51 peratus kepentingan dalam pemaju hartanah BHP Development dengan harga RM8.44 juta.
“Perjanjian itu akan membolehkan Sunsuria memajukan petak tanah pembangunan kediaman berukuran 3.97 hektar di sepanjang Lorong Maarof di Bangsar, yang akan dilancarkan secara rasmi di bawah nama, Bangsar Hill Park.
“Dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM3.01 bilion, Bangsar Hill Park terdiri daripada lapan blok pangsapuri kediaman dan dianggarkan siap menjelang 2028,” katanya.
Sunsuria juga memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat (SSPA) bagi mengambilalih syarikat pegangan pelaburan, Bumilex Construction Sdn Bhd dengan harga RM2.
Bumilex, melalui anak syarikat 51 peratus Montflex Sdn Bhd, memiliki hak pembangunan ke atas dua plot tanah di sepanjang Lorong Tuanku Abdul Rahman di KL.
Di bawah SSPA, Sunsuria merancang untuk membangunkan tanah itu menjadi projek komersial bercampur bertingkat tinggi yang dikenali sebagai Nadi @TAR, yang memiliki keluasan keseluruhan sebanyak 0.47 hektar.
“Pembangunan yang dicadangkan mempunyai anggaran GDV berjumlah RM524.8 juta dan akan menampilkan ruang niaga tujuh tingkat, 22 tingkat suite pejabat dengan lobi pejabat, tempat letak kereta 10 tingkat, ruang pejabat 3 tingkat dengan dewan serbaguna serta satu tingkat ruang niaga,” kata Sunsuria.
Pembinaan pembangunan komersial itu dijangka bermula pada separuh kedua 2021 dan dijadualkan siap menjelang akhir 2025.
Pengambilalihan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Sunsuria dalam jangka masa panjang melalui sumbangan pendapatan daripada projek pembangunan termasuk peluang cabang pembinaan kumpulan bagi menender kontrak pembinaan untuk membangunkan Bangsar Hill Park dan Nadi @TAR.
‘Walaupun kami melaksanakan kehematan dalam pelaburan di tengah-tengah ekonomi COVID-19, kami tetap komited untuk melabur dalam perkongsian dan perjanjian yang memberikan nilai jangka panjang kepada pelanggan serta pemegang saham kami,” kata pengerusi eksekutifnya Tan Sri Ter Leong Yap.
— BERNAMA
Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->