• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pulau Pinang Catat Pelaburan Pembuatan RM9.12 Bilion Pada Separuh Pertama 2020 – MIDA

in Berita
A A
Pulau Pinang Dijangka Kurangkan Atau Kecualikan Kadar Cukai Taksiran Bagi 1,467 NPO

Sumber Gambar : Tuah Roslan/Shutterstock

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

GEORGE TOWN, 1 Okt (Bernama) — Pulau Pinang mencatatkan berjumlah RM9.12 bilion pelaburan pembuatan yang diluluskan pada separuh pertama 2020, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata negeri itu mendapat 29 projek dan merekodkan pelaburan pembuatan sebanyak RM2.02 bilion pada suku kedua 2020, meningkat 452 peratus tahun-ke-tahun.

“Projek-projek itu bersama dengan projek yang diluluskan pada suku sebelumnya (suku pertama tahun 2020), diharapkan dapat menghasilkan sebanyak 6,971 peluang pekerjaan baharu di Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada suku kedua 2020, sebanyak RM1.65 bilion atau 82 peratus pelaburan pembuatan negeri berasal daripada pelaburan langsung asing (FDI), manakala baki RM373 juta atau 18 peratus terdiri daripada pelaburan langsung domestik (DDI), kata Chow.

Beliau berkata FDI pembuatan Pulau Pinang yang diluluskan meningkat 600 peratus, sementara DDI melonjak 186 peratus pada suku kedua 2020 dari segi tahun-ke-tahun. 

“Aliran masuk FDI berjumlah RM8.42 bilion pada separuh pertama 2020, Pulau Pinang adalah penyumbang FDI pembuatan yang tertinggi, menyumbang sebanyak 47 peratus FDI kepada pembuatan negara untuk tempoh tersebut,” katanya.

Chow berkata negara-negara dengan FDI pembuatan tertinggi di Pulau Pinang pada separuh pertama 2020 adalah Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat (AS), salah satu projek-projek terbaharu yang diluluskan ialah Ultra Clean Holdings, pembekal sub-sistem penting berpangkalan di AS untuk semikonduktor dan industri pembuatan yang berkaitan.

Sektor elektronik dan elektrik (E&E), mesin dan peralatan, serta sektor pembuatan peralatan saintifik dan pengukuran tetap menjadi sektor utama negeri itu, secara kolektif ia menyumbang sebanyak 93 peratus daripada jumlah pelaburan pembuatan Pulau Pinang yang diluluskan pada separuh pertama 2020.

“Ia melegakan untuk melihat para pelabur kekal yakin melabur di Pulau Pinang walaupun dalam persekitaran pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Persekutuan pada sepanjang tempoh tersebut,

“Persekitaran perniagaan yang mampan di Pulau Pinang, ekosistem perindustrian kukuh, dan infrastruktur yang menyokong adalah antara aspek menarik di negeri ini yang menarik minat pelabur,” katanya.

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share213ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In