• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kemahiran Penting Dalam Persekitaran Kebiasaan Baharu – Khairy

in Berita
A A
Kemahiran Penting Dalam Persekitaran Kebiasaan Baharu – Khairy

Sumber Gambar : Bernama

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Meningkatkan kemahiran untuk ‘micro-credentials’ adalah langkah ke depan ketika kelayakan akademik dalam persekitaran kebiasaan baharu tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Tanpa pembelajaran berterusan dan peningkatan kemahiran, seseorang individu dan negara akan jauh ketinggalan ke belakang, katanya. 

“Saya berpendapat bahawa pandemik COVID-19 telah menjadikan pendigitalan satu keperluan dalam kehidupan,” katanya.

“Jumlah pendigitalan yang berlaku sejak enam bulan lepas adalah tinggi. Menerusi 91 peratus liputan 4G mudah alih semasa, kami berharap pada tahun 2022 kami dapat meningkatkannya antara 97 dan 98 peratus,” katanya pada pelancaran Redbeat Academy AirAsia Digital dan Google di sini hari ini.

Program micro-credential secara amnya ialah suatu program pembelajaran yang bertujuan untuk mengiktiraf peningkatan kepakaran dan kompetensi spesifik individu terutamanya kepada individu bekerja untuk meningkatkan kemahiran spesifik dalam tempoh yang singkat dan menutup jurang kemahiran dan kebanyakannya diakses menerusi platform portal pembelajaran dalam talian.

Khairy berkata pelaburan untuk membina lebih banyak menara 4G di seluruh negara sedang dalam perancangan untuk memastikan negara mendapat liputan hampir 100 peratus ke kawasan luar bandar dan kawasan yang mendapat liputan.

“Usaha penting lain yang kami lakukan adalah meningkatkan modal insan. Kami mendapat maklumat daripada syarikat teknologi bahawa tidak calon yang mempunyai berkemahiran yang mencukupi. Kemahiran yang ada pada calon dikehendaki syarikat masih tidak mencukupi,” katanya.

Mengenai vaksin COVID-19, Khairy berkata beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kemungkinan mendapatkannya dari syarikat farmaseutikal yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Kementerian Kesihatan.

“NPRA akan meneliti data keselamatan dan keberkesanan daripada syarikat farmaseutikal dan mereka akan mengkaji data tersebut untuk memastikannya selamat,” katanya.

Selain itu, Malaysia turut mengadakan perbincangan dengan kerajaan lain seperti China untuk mendapatkan vaksin tersebut.

“Kami tidak tahu sama ada ia akan berjaya untuk diperoleh, justeru kami sedang mengkaji implikasi undang-undang daripada pembelian awal. 

“Daripada segi harga, kami menjangka ia akan berharga antara AS$5 hingga AS$ 20 (AS$1 = RM4.14) setiap orang. Itulah anggaran harga sekarang, semuanya bergantung kepada rundingan, ”katanya.

Sementara itu, Khairy menolak mengenai cadangan mengadakan pilihan raya umum pada masa terdekat ini.

“Saya rasa ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab untuk mengadakan pemilihan umum dalam waktu yang terdekat ini. Kami melihat kes COVID-19 kembali meningkat dan melihat daripada keadaan semasa pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini, pematuhan prosedur operasi standard dalam kalangan orang kenamaan dan orang ramai adalah longgar.

“Kami tidak boleh mengambil risiko jadi ia bukan idea yang baik,” tambahnya.

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share210ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In