fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

FGV Perluas Pasaran Getah Ke Eropah & Amerika Utara

in Catalyst
A A
FGV Komited Dukung Standard Tenaga Kerja, Kecewa Tindakan AS

Sumber Gambar : FGV

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — FGV Holdings Berhad (FGV) menerusi anak syarikatnya, FGV Rubber Industries Sdn Bhd (FGVRI) kini mengembangkan pasaran getah ke Eropah dan Amerika Utara melalui pelantikan Rubber Heart Ltd (RHL), agensi pemasaran getah yang berpangkalan di United Kingdom.

Menurut kenyataan FGV hari ini, pelantikan tersebut merangkumi pengembangan pasaran serta jualan strategik pelbagai gred Getah Spesifikasi Teknikal (TSR) dan bahan berasaskan Getah Asli Khas lain yang eksklusif untuk negara di benua itu.

Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata ia merupakan peluang terbaik untuk mengembangkan dan memperkukuh senarai pelanggan antarabangsa FGV.

“Pengalaman global selama bertahun-tahun oleh RHL dalam pemasaran perniagaan getah akan memberi keyakinan dan menambah nilai penawaran produk getah FGVRI,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Beliau yakin pelantikan RHL itu juga akan membantu mendorong produk Getah Mesra Alam FGV memenuhi permintaan yang semakin meningkat sebagai pengganti getah sintetik, terutama dalam industri tayar.

Menurut FGV, RHL merupakan pakar teknikal dan kelestarian untuk Getah Mesra Alam FGV (Getah Asli Terepoksi dan Getah Asli Nyah Protein) dengan FGVRI ialah satu-satunya pengeluar di Malaysia.

Getah Mesra Alam FGV adalah getah yang diubah suai dari segi struktur molekul untuk menambah baik ciri-ciri agar setanding dengan getah sintetik, kata FGV.

Syarikat itu berkata ia diihasilkan secara eksklusif di kilang getah FGV Palong 8 di Negeri Sembilan dan pada masa sama pekebun kecil yang menghasilkan susu getah dapat meraih pendapatan lebih lumayan kerana harganya lebih tinggi berbanding dengan getah skrap.

FGV berkata ia mengendalikan empat kemudahan pemprosesan getah di Malaysia, yang dilesenkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebagai kilang SMR.

“Jumlah kapasiti pengeluaran kumpulan tahunan sebanyak 230,000 tan. FGV juga memiliki satu kilang Lateks Pekat di Thailand dan satu kilang di Kemboja yang menghasilkan Cambodian Standard Rubber (CSR),” menurutnya.

Ia berkata operasi getah FGV disokong oleh dua makmal yang diakreditasikan oleh Jabatan Standard Malaysia dengan ISO/IEC 17025:2017.

“Pelbagai jenis getah asli FGV memenuhi spesifikasi TSR. Pelanggan FGVRI terdiri daripada pengeluar-pengeluar tayar utama dunia,” menurut FGV.

Sementara itu Pengarah RHL, David Cawthra berkata pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan FGV dan meneruskan hubungan berterusan dengan industri getah di Malaysia.

“Kami sangat mengagumi dan menyokong matlamat FGV untuk menjadi peneraju global dalam pemprosesan getah asli dan menawarkan produk getah berkualiti tinggi melalui pembuatan yang baik dan amalan mesra alam.

“Kami gembira dapat mengembangkan produk Getah Mesra Alam FGV ke pasaran baharu di Eropah dan Amerika Utara,” katanya.

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share239ShareSend

Related Posts

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut
Catalyst

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

18 hours ago
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

5 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

5 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In