• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

FGV Komited Dukung Standard Tenaga Kerja, Kecewa Tindakan AS

in Catalyst
A A
FGV Komited Dukung Standard Tenaga Kerja, Kecewa Tindakan AS

Sumber Gambar : FGV

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 1 Okt  (Bernama) — FGV Holdings Bhd kecewa dengan tindakan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) yang melarang kemasukan minyak sawit dan produk keluaran FGV, entitinya serta usaha sama syarikat berkenaan atas dakwaan membabitkan kerahan tenaga kerja paksa.

Semalam, pihak CBP mengarahkan Perintah Penahanan Pelepasan (WRO) berkuat kuasa 30 September 2020 dikenakan terhadap produk-produk FGV atas alasan berdasarkan maklumat siasatan selama setahun mengenai berlakunya kerahan tenaga paksa serta kebimbangan membabitkan khidmat kanak-kanak.

Dalam kenyataan hari ini, FGV sebaliknya menegaskan bahawa ia telah mengambil langkah-langkah konkrit sejak beberapa tahun lepas yang memaparkan komitmen menghormati hak asasi manusia serta mendukung standard-standard tenaga kerja yang diamalkan.

“Malah, kami merupakan syarikat yang turut menyertai Persatuan Tenaga Kerja Saksama (FLA) berpejabat di Washington dan pada masa ini melaksanakan pelan tindakan jangka panjang komprehensif dan jangka panjang mengikut hubungan kami dengan FLA yang merangkumi beberapa inisiatif untuk memperkukuh pelbagai aspek amalan-amalan tenaga kerja kami,” katanya.

Pelan tindakan FGV bagi 2020 yang telah dilaksanakan secara rasmi pada 31 Mac 2020 juga merupakan hasil perundingan dengan FLA dan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pertubuhan sivil.

“Di sebalik cabaran akibat pandemik COVID-19 yang menyebabkan FGV terpaksa menyusun semula keutamaan bagi memastikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengekang dan memerangi penularan COVID-19, FGV kekal komited untuk melaksanakan pelan tindakan itu.

“FGV juga percaya kemajuan konkrit telah dicatatkan sejak enam bulan lepas susulan pelaksanaannya yang bermula pada April 2020,” katanya.

Malah, FGV juga yakin ia berada di landasan tepat untuk mencapai tindakan yang sepatutnya selesai menjelang akhir tahun ini.

Dalam pada itu, FGV akan terus melakukan libat urus dengan CBP untuk membersihkan namanya dan berazam melaksanakan komitmen untuk menghormati hak asasi manusia serta mendukung standard-standard tenaga kerja.

Sementara itu dalam perkembangan lain, saham-saham FGV telah susut sebanyak 6.95 peratus hari ini, susulan laporan membabitkan tindakan CBP tersebut.

Pada 10.11 pagi ini, saham FGV rugi lapan sen kepada RM1.07 dengan 14.04 juta saham saling berpindah tangan.

Sewaktu dagangan dibuka pagi ini, saham itu diniagakan pada RM1.13 berbanding RM1.15 apabila ditutup semalam.

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In