fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susulan keadaan pasaran yang masih lengang pada awal dagangan menjelang hujung minggu, dengan peningkatan kes COVID-19 di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Pada pukul 9.02 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.58 mata kepada 1,493.19 daripada 1,496.77 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 1.93 mata lebih rendah kepada 1,494.84.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 145 berbanding 137 manakala 226 kaunter tidak berubah, 1,589 kaunter tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 177.51 juta unit bernilai RM69.91 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata ekoran kekurangan minat belian susulan, indeks utama akan kekal mengalami keadaan tidak banyak berubah dengan kecenderungan menurun.

Ia berkata peningkatan jumlah kes COVID-19 baharu akan memperlahankan pemulihan ekonomi negara.

“Bagaimanapun, saham berharga rendah berusaha mendapatkan asas pergerakan meningkat, dengan tumpuan mengikut pusingan sektor akan mengekalkan minat dagangan pada tahap yang baik.

“Bagi tumpuan sektor, kami berpendapat minat belian semakin bertambah terhadap sektor penjagaan kesihatan susulan peningkatan jumlah kes COVID-19 di peringkat tempatan dan luar negara,” menurut firma pembrokeran itu.

Ia juga berkata sektor teknologi terus memperoleh minat dagangan kukuh dalam keadaan unjuran lebih baik.

Di peringkat global, pasaran saham AS meningkatkan dalam tempoh semalaman dengan Purata Perindustrian Dow Jones naik 0.1 peratus memandangkan pelabur terus memantau perkembangan rang undang-undang rangsangan baharu.

Pasaran saham Eropah turut ditutup tinggi, sementara pasaran saham Asia mencatatkan pergerakan naik dengan pasaran saham Jepun, Hong Kong dan China ditutup sempena cuti perayaan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM7.16, Public Bank susut 10 sen kepada RM15.68, Top Glove tidak berubah pada RM8.43 namun Hartalega menambah 10 sen kepada RM16.36.

Bagi kaunter aktif, Perak Transit tidak berubah pada 29 sen, Bintai Kinden naik setengah sen kepada 67 sen, SDS menokok 1.5 sen kepada 21 sen sementara K-Star turun 1.5 sen kepada 23 sen.

Saham paling untung, Malaysian Pacific naik 20 sen kepada RM19, Apex Healthcare meningkat 15 sen kepada RM3.48 dan Vitrox menambah 10 sen kepada RM12.74.

Bagi kaunter rugi, Nestle mendahului senarai dengan susut 40 sen kepada RM140.10, Aeon Credit turun 20 sen kepada RM10.10 dan Ajinomoto kurang 20 sen kepada RM15.60.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 21.51 mata kepada 10,777.11 dan Indeks FBMT 100 turun 22.88 mata kepada 10,599.59.

Indeks FBM Emas Syariah kurang 19.57 mata kepada 12,833.00, FBM 70 turun 20.73 mata kepada 14,130.92 namun FBM ACE naik 0.13 mata kepada 9,858.94.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 32.91 mata kepada 12,403.78, Indeks Perladangan susut 29.30 mata kepada 6,886.19 sementara Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.22 mata kepada 137.75.

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

6 days ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In