fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah pasaran serantau yang lengang apabila pasaran China, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan ditutup sempena cuti nasional mereka masing-masing serta para pelabur mengambil keuntungan menjelang hujung minggu.  

Pada penutup, FBM KLCI naik 3.53 mata kepada 1,500 daripada 1,496.77 yang dicatatkan pada Khamis.

Indeks itu dibuka rendah turun 1.93 mata dan berlegar antara paras 1,489.66 dan 1,501.85 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 669 berbanding 373, manakala 393 kaunter tidak berubah, 662 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5.47 bilion saham bernilai RM4.08 bilion daripada 4.91 bilion saham bernilai RM2.60 bilion sebelumnya.

Minggu yang akan datang mungkin menyaksikan dagangan berhati-hati susulan berita Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan isterinya Melania disahkan positif COVID-19, memburukkan lagi keadaan tidak menentu sebelum pilihan raya presiden AS bulan depan.

Pergerakan pasaran hari ini dipengaruhi terutamanya oleh kaunter perladangan susulan keputusan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan Perintah Sekatan Pelepasan (WRO) ke atas minyak sawit dan produk minyak sawit daripada FGV Holdings Bhd, yang menyebabkan saham perladangan lain turut berisiko. 

Bagaimanapun, saham wajaran tinggi perladangan seperti Sime Darby Plantation dan IOI Corp melantun semula pada sesi penutup, masing-masing meningkat empat sen kepada RM4.83 dan satu sen kepada RM4.40 yang seterusnya menyelamatkan indeks tersebut daripada terus jatuh.

Kaunter penjagaan kesihatan terus menarik minat yang tinggi susulan peningkatan bilangan kes positif COVID-19 di seluruh dunia.

Hartalega meningkat RM1.24 kepada RM17.50 manakala Top Glove naik 33 sen kepada RM8.76.

Pada penutup, saham wajaran tinggi Maybank turun tujuh sen kepada RM7.11, Public Bank susut empat sen kepada RM15.75, Petronas Chemicals jatuh lima sen kepada RM5.60 dan IHH berkurangan lapan sen kepada RM5.

Dalam kalangan kaunter cergas, XOX naik setengah sen kepada 12 sen, Vsolar susut setengah sen kepada 3.5 sen dan Iris Corp berkurangan 1.5 sen kepada 31 sen.

Kaunter rugi utama diterajui Nestle yang turun 90 sen kepada RM139.60 diikuti Greatech Technology yang susut 24 sen kepada RM6.68, Pharmaniaga yang jatuh 17 sen kepada RM4.53 manakala Imaspro berkurangan 16 sen kepada RM2.15.

Sementara itu, kaunter untung utama diterajui tiga kaunter berkaitan penjagaan kesihatan — Hartalega meningkat RM1.24 kepada RM17.50, Kossan Rubber melonjak RM1.12 kepada RM14.62 dan Supermax naik 56 sen kepada RM8.98.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 23.08 mata kepada 10,821.70, Indeks FBM Emas Shariah naik 69.06 mata kepada 12,921.63 dan FBM 70 menokok 47.33 mata kepada 14,198.98.

Indeks FBMT 100 meningkat 27.73 mata kepada 10,650.20 dan FBM ACE naik 145.07 mata kepada 10,003.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 57.16 mata kepada 12,379.53, Indeks Perladangan susut 8.68 mata kepada 6,906.81 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 1.05 mata kepada 136.48. 

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.76 bilion saham bernilai RM2.92 bilion daripada 2.55 bilion saham bernilai RM2.01 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran naik kepada 669.96 juta unit bernilai RM190.87 juta berbanding 384.45 juta unit bernilai RM90.69 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menokok kepada 2.03 bilion saham bernilai RM974.51 juta berbanding 1.98 bilion saham bernilai RM502.98 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 876.63 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (758.50 juta), pembinaan (193.27 juta), teknologi (258.48 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (20.34 juta), hartanah (141.81 juta), perladangan (57.12 juta), REITs (12.73 juta), dana tertutup (41,500), tenaga (215.06 juta), penjagaan kesihatan (151.24 juta), telekomunikasi dan media (30.76 juta), pengangkutan dan logistik (42.55 juta) dan utiliti (10.85 juta).

— BERNAMA

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

15 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 days ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In