• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini berikutan dagangan rendah dalam pasaran serantau, seperti pasaran China, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan yang ditutup sempena cuti umum hari ini.

Sementara itu, momentum belian terdapat dalam saham wajaran tinggi dan kaunter saham mewah terpilih, diterajui oleh sektor penjagaan kesihatan, utiliti dan perladangan.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.39 mata kepada 1,500.16 daripada 1,496.77 semasa ditutup pada Khamis.

Ia berada antara 1,489.66 dan 1,501.85 sepanjang sesi dagangan pagi, selepas dibuka rendah 1.93 mata kepada 1,494.84.

Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 436 berbanding 420, manakala 408 kaunter tidak berubah, 833 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.64 bilion saham bernilai RM1.72 bilion.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes menjangka bursa tempatan diniagakan dalam jajaran kecil menjelang hujung minggu, sementara menunggu berita mengenai perjanjian rangsangan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan memberi hala tuju terhadap pasaran saham global.

“Minggu ini adalah sukar berikutan menunggu berita mengenai perjanjian rangsangan AS, dan sudah tentu, senarai gaji bukan ladang AS,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Pasaran Kanan bagi Asia Pasifik Oanda Jeffrey Halley berkata pasaran minyak kembali mengejutkan dengan minyak mentah Brent merosot satu peratus kepada US$40.52 setong, dan WTI susut 1.08 peratus kepada US$38.30 setong. 

“Peningkatan minyak dijangka terhad, berikutan kebimbangan meningkat mengenai gambaran penggunaan global dan daripada peningkatan pengeluaran OPEC+,” katanya. 

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut enam sen kepada RM7.12, Public Bank merosot 12 sen kepada RM15.66, manakala saham berkaitan penjagaan kesihatan, Top Glove dan Hartalega, masing-masing naik 18 sen dan 72 sen kepada RM8.61 dan RM16.98. 

Daripada saham cergas, XOX dan Kanger International, masing-masing menambah setengah sen kepada 12 sen dan 15 sen, manakala Bintai Kinden dan Iris Corp, masing-masing tidak berubah sebanyak 66.5 sen dan 32.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 24.95 mata kepada 10,823.57 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 64.31 mata kepada 12,916.88.

FBM 70 naik 34.52 mata kepada 14,186.17, Indeks FBMT 100 meningkat 24.54 mata kepada 10,647.01, manakala FBM ACE menambah 219.77 mata kepada 10,0078.58.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 49.36 mata kepada 12,387.33, Indeks Perladangan susut 14.51 mata kepada 6,900.98 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.22 mata kepada 137.31.

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In