• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Aneka Jaringan Berhasrat Kumpul RM46.16 Juta Melalui IPO Pasaran ACE

in Catalyst
A A
Aneka Jaringan Berhasrat Kumpul RM46.16 Juta Melalui IPO Pasaran ACE

Sumber Gambar : The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Aneka Jaringan Holdings Bhd, sebuah syarikat yang memiliki kepakaran dalam cerucuk dan asas, berhasrat untuk mengumpul RM46.16 juta melalui penyenaraian di Pasaran ACE pada 20 Okt depan. 

Langkah tawaran awam permulaan (IPO) itu melibatkan terbitan 139.89 juta saham baharu pada 33 sen sesaham, yang membawa permodalan pasarannya kepada RM177.57 juta. 

Dalam prospektus syarikat yang dilancarkan hari ini, hasil yang terkumpul akan mempercepatkan pertumbuhan syarikat dengan pertambahan pemilikan jenteranya di Malaysia. 

Daripada RM46.16 juta, sejumlah RM17.30 juta akan digunakan bagi membeli pelantar penggerudian berputar dan jentera kren. Selebihnya adalah untuk pembayaran balik pinjaman (RM24.26 juta) dan bagi membiayai perbelanjaan IPO (RM4.60 juta).

Pengarah Urusan Pang Tse Fui memberitahu pemberita selepas pelancaran prospektus itu di sini, dengan pengembangan pemilikan jentera, perolehan syarikat dijangka akan kembali ke paras sebelum COVID-19 sebanyak RM200 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2021 dan berkembang 20-30 peratus pada tahun kewangan 2022. 

Bagi memastikan projek-projek terus diperolehi di tengah-tengah keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini, syarikat telah mengurangkan harga tendernya dan akan terus berbuat demikian dalam tempoh terdekat, katanya. 

“Tetapi kami akan mengekalkan garis dasar margin keuntungan kami pada lima peratus,” katanya.

Pang, bagaimanapun, menolak kemungkinan margin keuntungannya akan terjejas oleh kos bahan, memandangkan kos bahan utama hanya mengambil kira-kira 40-50 peratus daripada jumlah kos.

Aneka Jaringan akan memberi fokus kepada projek kerajaan yang pada masa ini hanya membentuk kira-kira 20 peratus daripada jumlah projeknya. Sekarang ini, 80 peratus daripada kerja-kerja syarikat membabitkan projek swasta. 

“Disebabkan kelembapan ekonomi, kami perlu mengalihkan fokus syarikat kepada projek infrastruktur kerajaan. 

“Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah keutamaan pertama kami dan kami akan mengambil bahagian dalam mana-mana projek infrastruktur kerajaan pada masa akan datang,” katanya sambil menambah syarikat itu sedang membida projek ECRL Kuantan-Kota Bharu.

Memandangkan Singapura turut sedang berbelanja besar terhadap pembangunan infrastruktur, Aneka Jaringan akan memperluaskan jejaknya dalam republik itu, Pang berkata, syarikat sedang merancang bagi mendapatkan hampir S$100 juta projek di sana. 

“Kami telah mendaftarkan pejabat cawangan kami di Singapura untuk mula membida projek menjelang suku pertama 2021.  “

“Projek-projek yang kami sasarkan termasuk Laluan Cross Island, projek Terminal 5 di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan projek loji rawatan air di Tuas,” katanya. 

Pang menjangkakan projek di Singapura akan mula menyumbang kepada pendapatan syarikat pada suku ketiga 2021.

Syarikat itu memiliki senarai tender yang dimasuki bernilai kira-kira RM1 bilion, dengan tempahan dalam tangan di Malaysia berada pada RM95 juta, Indonesia (RM3 juta), katanya lagi. 

Pelanggan utama kumpulan itu terdiri daripada IJM Construction Sdn Bhd, MRCB Builders Sdn Bhd dan PT Waskita Karya dari Indonesia.

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share263ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In