KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — AirAsia Digital yang juga entiti AirAsia Group, telah menjalin kerjasama dengan Google bagi melancarkan Redbeat Academy yang menjadi sebahagian daripada transformasi berterusan segmen digital berkenaan.
Presiden AirAsia Digital Aireen Omar berkata kemasukan dalam akademi terbabit yang sebelum ini dikhususkan untuk kakitangan AirAsia, kini sebaliknya dibuka kepada orang ramai dan perniagaan.
Akademi terbabit menawarkan siri bengkel teknologi dalam bidang termasuk Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin, Kejuruteraan Perisian, Sekuriti Siber, Data Raya dan Infrastruktur meliputi tempoh antara dua bulan sehingga setahun.
“Bagi mereka yang tiada latar belakang teknologi, boleh memilih untuk mengikuti kursus asas yang memakan masa beberapa bulan,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran akademi itu di sini, hari ini.
Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
Hadir sama Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Negara Google Malaysia Marc Woo.
Mengulas selanjutnya, Aireen berkata yuran yang dikenakan juga berpatutan manakala aspek kurikulum akademi itu disesuaikan mengikut keperluan pasaran.
“Ini semua berdasarkan pengalaman kami sendiri serta jenis tenaga kerja atau bakat yang kami perlukan.
“Kelas pengajian pula ditawarkan secara dalam talian dan fizikal. Namun, ada yang perlu dikendalikan oleh jurulatih kerana sukar diajar secara dalam talian,” katanya.
Sementara itu, pada majlis sama, Redbeat Academy turut memeterai kerjasama dengan Kumpulan Industritri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) yang membolehkan pekerja mendapat kemahiran semula dalam projek kejuruteraan perisian dan berteknologi tinggi.
Akademi itu turut menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya dan Asia School of Business menerusi kolaboratif dengan MIT Sloan Management yang memberi kelayakan mikro terhadap kursus-kursus ditawarkan serta diperakui sebahagian daripada Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).
— BERNAMA
Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->