• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Selangor Dredging Lancar Dua Projek Dengan NPK RM905.62 Juta

in Catalyst
A A
Selangor Dredging Lancar Dua Projek Dengan NPK RM905.62 Juta

Sumber Gambar : Business Today

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Selangor Dredging Bhd (SDB) merancang untuk melancarkan dua projek baharu di Singapura dan Selangor tidak lama lagi dengan gabungan nilai pembangunan kasar (NPK) sebanyak RM905.62 juta.

Pengarah Urusannya Teh Lip Kim berkata projek kediaman Myra di Singapura membabitkan NPK kira-kira $150 juta (RM455.62 juta) akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini manakala vila kondominium di Serdang, Selangor, meliputi NPK sebanyak RM450 juta dan tarikh pelancarannya akan ditentukan kelak.

“Myra yang dijangka siap menjelang 30 Nov, 2024, menawarkan ciri-ciri eksklusif menerusi 85 unit kediaman di bangunan setinggi 12 tingkat,” katanya kepada Bernama.

Menurut Teh, Myra yang juga antara pembangunan pegangan bebas terbaharu syarikat itu, direka khusus berteraskan prinsip sesuai didiami dan terletak 150 meter dari stesen MRT (Transit Aliran Massa) Potong Pasir.

Lokasinya juga strategik meliputi perancangan kawasan warisan sepanjang 4.2 kilometer yang merentasi pelbagai kawasan kediaman, rumah kedai warisan serta institusi pendidikan.

Pada jarak satu kilometer dari Myra pula terletak taman sepanjang 1.6 kilometer – Bidadari Greenway dan Bidadari Park.

Lebih menarik, Myra juga terletak di tengah-tengah inisiatif utama Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar republik itu yang bertujuan memperhebatkan lagi usaha menghijaukan Serangoon selain dijadikan kawasan yang mengehadkan penggunaan kereta serta mesra aktiviti berbasikal.

Menurut Teh, projek dengan binaan mukaan luaran bulat dan elemen praktikal bagi melindungi penghuninya, mendapat sentuhan reka bentuk oleh arkitek United Kingdom yang pernah meraih anugerah, Pitman Tozer Architects dan bekerjasama dengan JGP Architecture.

Selain itu, mengulas Hotel Maya milik syarikat itu di ibu negara, beliau berkata hotel berkenaan telah memulakan usaha pengubahsuaian untuk menjadikannya lebih menarik.

“Usaha pengubahsuaian itu akan dijalankan secara berperingkat dan dianggarkan 284 biliknya akan siap menjelang Jun 2021.

“Pada masa ini, sebanyak 60 bilik dengan pemandangan menarik bangunan KLCC dan sekitarnya, telah diubah suai. Tetamu boleh menginap mulai 1 Oktober dengan pakej menarik khusus untuk rakyat Malaysia,” katanya.

— BERNAMA

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In