fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

RM645.9 Juta Agihan Pendapatan Tiga Dana Unit Amanah Dalam Suasana Ekonomi Mencabar

in Berita
A A
RM645.9 Juta Agihan Pendapatan Tiga Dana Unit Amanah Dalam Suasana Ekonomi Mencabar

Sumber Gambar : Bernama

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan berjumlah RM645.9 juta untuk Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3), ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2020 dalam suasana ekonomi mencabar serta kesan pandemik COVID-19.

Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata bagi dana unit amanah harga tetap ASM 3, pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM571.3 juta yang memberi manfaat kepada 513,721 pemegang unit dengan pegangan 14.3 bilion unit.

“Dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar dan ketidaktentuan pasaran akibat pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularannya, pulangan 4.00 sen seunit ini kekal kompetitif.

“Ini juga mengatasi penanda aras pulangan deposit tetap 12 bulan Maybank pada kadar 2.51 peratus sebanyak 149 mata asas bagi tahun kewangan semasa setakat 24 Sept, 2020,” menurut kenyataan PNB hari ini.

Ia berkata ASNB juga mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM12.7 juta untuk dana harga berubah ASN Equity 5, iaitu 3.10 sen seunit kepada 11,029 pemegang unit yang memiliki 413.2 juta unit.

Ini menjadikan hasil dividen sebanyak 3.51 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) dana pada 24 Sept, 2020, menurutnya.

Syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia itu juga berkata bagi dana harga berubah ASN Sara 2 pula mengagihkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM61.9 juta.

PNB berkata jumlah itu bersamaan dengan 3.60 sen seunit untuk memberi manfaat kepada 39,559 pemegang unit yang memiliki lebih 1.7 bilion unit, menjadikan hasil dividen sebanyak 3.61 peratus berdasarkan NAB dana pada 24 Sept, 2020.

Walaupun indeks FBM KLCI susut 5.25 peratus untuk tahun kewangan semasa dan setakat 24 Sept, 2020 dan keadaan pasaran yang tidak menentu PNB tetap komited untuk memberi pulangan yang kompetitif kepada pemegang unit bagi dana-dana ini, menurutnya.

Ini juga akan membantu kesemua pemegang unit sepanjang perjuangan yang berterusan melawan pandemik ini.

“PNB juga telah melaksanakan beberapa strategi untuk meluaskan portfolio pelaburan dengan mempelbagaikan portfolio dalam ekuiti antarabangsa dan memberi fokus kepada sektor yang kurang rentan terhadap persekitaran ekonomi semasa,” kata PNB.

Ia berkata pengagihan pendapatan yang diisytiharkan oleh ASM 3, ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 diperoleh daripada keuntungan dana yang direalisasikan, dividen dan lain-lain pendapatan.

“Ini adalah selaras dengan objektif PNB untuk memberikan pulangan mampan kepada pemegang unit dalam jangka panjang,” katanya.

Pengagihan pendapatan bagi ASM 3 dikira berdasarkan purata baki minimum bulanan sepanjang tahun kewangan, manakala ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 pula berasaskan jumlah unit yang dimiliki pada hujung tahun kewangan dana tersebut.

Pembayaran pengagihan pendapatan yang diumumkan akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit dan dikreditkan secara automatik pada 1 Okt, 2020 untuk ASM 3, dan pada 2 Okt, 2020 untuk ASN Equity 5 dan ASN Sara 2, menurutnya.

Semua urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB seluruh negara telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 24 Sept hingga 30 Sept, 2020 untuk ASM 3 manakala dari 29 Sept, hingga 1 Okt, 2020 untuk ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 bertujuan memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh mengemaskinikan akaun mereka menerusi portal myASNB www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 Okt, 2020 untuk ASM 3 serta 2 Okt, 2020 bagi ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

— BERNAMA

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share209ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In