fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

IPO Southern Cable Group Berhad Baru Dilancarkan

in Berita
A A
Southern Cable Mahu Kumpul RM71.2 Juta Daripada Penyenaraian Pasaran ACE
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

Kredit Gambar: The Star

Akhirnya setelah sekian lama menanti, IPO Southern Cable Group Berhad bakal diperdagangkan buat pertama kalinya pada hari Jumaat, 16 Oktober 2020.

Sumber: Bursa Malaysia

Permohonan IPO Southern Cable Group Berhad baru saja dibuka pada Selasa, 29 September 2020 dan akan ditutup pada Selasa, 6 Oktober 2020. Ianya bakal disenaraikan di papan ACE pada Jumaat, 16 Oktober 2020.

Sumber: Bursa Malaysia

Sebanyak 209.35 juta saham baru bakal dikeluarkan, dengan harga tawaran IPO sebanyak RM0.34 sesaham. Dengan penyenaraian Southern Cable Group ni, syarikat bakal menjana RM71.18 juta.

Siapa Southern Cable Group Ni?

Sumber : Southern Cable

Syarikat Southern Cable Group adalah syarikat pengilang kabel elektrik dan wayar terletak di Kawasan Perusahaan Kuala Ketil, Kedah. Produk mereka dipasarkan untuk pelbagai sektor seperti sektor bekalan tenaga elektrik, pembinaan dan perumahan, telekomunikasi, industri kilang dan proses termasuklah juga sektor minyak & gas.

Siapa Di Sebalik Tabir Southern Cable Group?

Sumber: Southern Cable

Pengurus Southern Cable Group adalah Tung Eng Hai yang mempunyai 41 tahun pengalaman dalam industri kabel elektrik dan wayar dan Song Swee Kim sebagai Pengurus Kewangan Kumpulan, mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan dan kewangan.

Prestasi Kewangan Southern Cable Group

Kalau dilihat, pendapatan tahun 2019 meningkat dengan banyak sekali. Keuntungan juga meningkat daripada setahun ke setahun. Namun pada awal 2020 jumlah penjualan berkurang disebabkan operasi pengilangan terhenti akibat PKP.

Dimiliki Oleh Sino Shield Sdn Bhd (51.73%) dan Semangat Handal Sdn Bhd (43.35%)

Sumber: Bursa Malaysia

Sino Shield dan Semangat Handal merupakan pemilikan Sendirian Berhad di mana Tung Eng Hai memiliki 60% pegangan dalam syarikat Sino Shield dan Fawiza Binti Faiz pula memiliki 99.50% pegangan dalam syarikat Semangat Handal.

Southern Cable Nak Guna Duit IPO Untuk Apa?

Daripada jadual di atas, Southern Cable bercadang untuk menggunakan sebahagian besar modal IPO sebagai modal bagi membesarkan lagi perniagaan syarikat dan cuma 14.5% sahaja digunakan untuk membayar hutang – hutang syarikat. Ini petanda IPO yang bagus untuk dilaburkan apabila lebih 50% kegunaan IPO untuk meningkatkan lagi kapasiti & prestasi syarikat.

Status Patuh Syariah Southern Cable

Setakat 30 September 2020, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) belum lagi beri pengesahan terhadap status syariah IPO Southern Cable. Harapnya pihak SC boleh beri penjelasan sebelum kemudahan beli eIPO ditutup pada 6 Oktober nanti.

Dah Boleh Beli IPO Southern Cable Secara Online

Bagi mereka yang berminat nak beli, boleh rujuk tutorial berikut:

Tutorial Bergambar Beli Saham IPO Menggunakan CIMB Clicks

Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Menggunakan Maybank2U (TERKINI)

Kenapa Nak Beli IPO?

Merujuk kepada Prestasi IPO Setengah Tahun 2019, daripada 14 yang disenaraikan setakat ini, 78.57% naik dalam masa sehari, 57.14% naik setakat 28 Jun 2019.

Senang cerita, mohon IPO, kalau ada rezeki dapat, dan jual pada hari pertama. Peluang cerah untuk buat keuntungan.

Rahsia Nak Lulus IPO Dengan Mudah

Tunggu sekejap, sebelum nak apply IPO ni pastikan kita tahu rahsia IPO nak senang lulus. Patutlah kita tengok ada orang bila dia mohon IPO je mesti dapat. Tapi kita ni yang dah banyak kali cuba, tapi tak dapat-dapat.

Nak tahu rahsianya, jemput baca Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share510ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In