fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

IPO Baru: Samaiden Group Berhad Dah Boleh Beli Online

in Berita
A A
Samaiden Group Sasar Kumpul RM29.35 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Sumber: New Straits Times

Satu lagi IPO bakal diterbitkan kepada para pelabur di Bursa Malaysia iaitu Samaiden Group Berhad.

Sumber: Bursa Malaysia

Permohonan IPO Samaiden Group Berhad ini telah dibuka kepada awam pada hari Isnin, 28 September 2020 dan akan ditutup pada hari Isnin, 5 Oktober 2020. Saham syarikat ini akan disenaraikan di papan Ace pada hari Selasa,15 Oktober 2020.

Sumber: Bursa Malaysia

Sebanyak 61.2 juta saham baru syarikat yang bakal dikeluarkan. Dan harga seunit IPO ini adalah RM0.48 sesaham. Dengan penyenaraian Samaiden Holdings ini, syarikat bakal menerima pembiayaan sebanyak RM29.4 juta.

Siapa Samaiden Group Berhad Ini?

Syarikat ini merupakan syarikat yang membekalkan perkhidmatan Renewable Energy seperti panel solar photovoltaic (PV) dan guna merupakan penjana tenaga hijau di Malaysia.

Syarikat ini membekalkan solar penal pada skala yang besar seperti untuk penjana kuasa dan juga membekalkan panel pada skala yang kecil seperti bumbung untuk perumahan atau perindustrian kecil.

Ahli Lembaga Pengarah Samaiden Group Berhad

Pengurusi syarikat ini adalah Dato’ Dr. Nadzri Bin Yahaya dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain adalah seperti yang di atas.

Prestasi Kewangan Samaiden Group Berhad

Jika diperhatikan kepada pendapatan syarikat, jumlah pendapatan syarikat meningkat daripada tahun 2017 sehingga ke tahun 2019. Pendapatan untuk tahun 2020 pula sedikit terjejas akibat daripada penundaan beberapa projek berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada pertengahan bulan Mac tahun 2020.

Pemilik Utama Samaiden Group Berhad

Sebelum syarikat ini menerbitkan IPO, syarikat ini dimiliki oleh Ir. Chow Pui Hee dengan pegangan sebanyak 50.18% dan Fong Yeng Foon dengan pegangan sebanyak 49.82%. Namun jumlah pegangan mereka berukurang selepas penerbitan IPO ini dan kini menjadi 35.31% untuk Chow Pui Hee dan 35.57% untuk Fong Yeng Foon.

Samaiden Nak Guna Duit IPO Untuk Apa?

Kebanyakannya wang yang diterima melalui penerbitan IPO ini akan digunakan untuk modal kerja syarikat dan perkembangan perniagaan mereka. Syarikat ini juga sebenarnya sudah mencuburi pasaran solar PV di Vietnam untuk mengukuhkan lagi nama syarikat sebagai penyedia panel solar yang berjaya.

Status Patuh Syariah Solarvest Holdings Berhad

Sumber: Facebook Elzar Shariah

Menurut Elzar Shariah Solution & Advisory Sdn Bhd yang diketuai oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman, IPO Samaiden Group Berhad adalah patuh Syariah. Jadi kita boleh beli saham mereka tanpa was-was.

Dah Boleh Beli IPO Samaiden Group Berhad Secara Online

Bagi mereka yang berminat nak beli, boleh rujuk tutorial berikut:

  • Tutorial Bergambar Beli Saham IPO Menggunakan CIMB Clicks
  • Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Menggunakan Maybank2U (TERKINI)

Kenapa Nak Beli IPO?

Merujuk kepada Prestasi IPO Setengah Tahun 2019, daripada 14 yang disenaraikan setakat ini, 78.57% naik dalam masa sehari, 57.14% naik setakat 28 Jun 2019.

Senang cerita, mohon IPO, kalau ada rezeki dapat, dan jual pada hari pertama. Peluang cerah untuk buat keuntungan.

Rahsia Nak Lulus IPO Dengan Mudah

Tunggu sekejap, sebelum nak apply IPO ni pastikan kita tahu rahsia IPO nak senang lulus. Patutlah kita tengok ada orang bila dia mohon IPO je konfem dapat. Tapi kita ni yang dah banyak kali cuba, masih tak dapat-dapat.

Nak tahu rahsianya, jemput baca Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 



Share539ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In