• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Prestasi Suku Ketiga Dijangka Lebih Baik

in Berita
A A
Jualan Sektor Pembuatan Meningkat 1.9 Peratus Pada Julai

Sumber Gambar : Ilmia.gov.my

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Prestasi suku ketiga dijangka lebih baik, berdasarkan pakej rangsangan ekonomi yang berterusan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata dengan aktiviti ekonomi Malaysia yang kembali aktif, ia merupakan tanda pemulihan ekonomi yang dapat digambarkan melalui petunjuk makroekonomi pada Julai, memberikan petunjuk awal bagi suku ketiga 2020.

“Ini sejajar dengan Indeks Pelopor yang menunjukkan pemulihan ekonomi dalam waktu terdekat dan prospek ekonomi yang lebih cerah menjelang 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya senario ini dapat dilihat dengan peningkatan jumlah tenaga kerja iaitu 15.82 juta orang pada Julai 2020 daripada 15.76 juta orang pada bulan sebelumnya.

Kadar pengangguran turun kepada 4.7 peratus berbanding 4.8 peratus pada bulan sebelumnya, katanya. 

“Nilai jualan bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM119.3 bilion pada Julai, naik 2.1 peratus bagi bulan ke bulan. 

“Perdagangan borong dan runcit juga menunjukkan pemulihan pada Julai dengan menjana nilai jualan sebanyak RM108.7 bilion pada pertumbuhan 5.6 peratus berbanding bulan sebelumnya,” katanya.

Pertumbuhan jualan yang lebih baik bagi subsektor ini, disumbangkan oleh jualan kenderaan bermotor berikutan strategi yang efektif daripada kerajaan ke atas pelepasan cukai sebelum ini, kata Mohd Uzir.

Dari segi perdagangan barangan Malaysia, katanya Julai mencatatkan peningkatan jumlah perdagangan sebanyak RM159.9 bilion berbanding RM144.7 bilion daripada bulan sebelumnya.

Pada Julai, jumlah eksport naik 11.7 peratus manakala import meningkat 8.7 peratus.

Dari segi tahun ke tahun, katanya eksport meningkat sebanyak 3.1 peratus manakala import terus menyusut pada Julai 2020.

Pada Ogos, eksport dan import mencatatkan penyusutan, bagaimanapun, imbangan perdagangan terus merekodkan lebihan dagangan.

Mohd Uzir berkata peranan sektor pelancongan dalam ekonomi amat penting memandangkan aktiviti berkaitan pelancongan meliputi 23.6 peratus pekerjaan dan menyumbang 15.9 peratus atau RM240.2 bilion kepada ekonomi Malaysia pada tahun lepas. 

“Kerajaan telah mengumumkan inisiatif pelancongan bagi meningkatkan aktiviti promosi yang menarik oleh agensi pelancongan serta industri hotel dan penginapan, dan ia akan menyokong serta menghidupkan semula aktiviti pelancongan domestik pada tahun ini,” katanya. 

— BERNAMA

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share218ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 years ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 years ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In