KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Malaysia menggesa kepada beberapa pelaksanaan utama, antaranya ialah penubuhan APEC COVID-19 LIVE, platform perkongsian maklumat digital dalam kalangan 21 ekonomi anggota, kata Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) Hairil Yahri Yaacob.
Gesaan itu untuk memberi keutamaan kepada tugas-tugas di peringkat ini berikutan Pegawai-Pegawai Kanan telah diarahkan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (MRT), katanya dalam ucapan pada mesyuarat SOM Maya Kedua.
“Oleh itu, saya perlu menekankan amat penting untuk kita mencapai persetujuan secara kolektif mengenai cadangan ini, dan memastikan platform digital itu menjadi kenyataan sebelum Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM),” katanya.
Platform APEC COVID-19 LIVE bertujuan meraih campur tangan dasar, langkah-langkah, program dan inisiatif yang diguna pakai oleh ekonomi APEC untuk menangani krisis kesihatan.
Selain COVID-19 LIVE, terdapat juga pelaksanaan utama dan dokumen hasil lain yang telah dimasukkan dalam agenda, termasuk penubuhan Subdana untuk Kerjasama APEC bagi Memerangi COVID-19 dan Pemulihan Ekonomi, katanya.
Agenda lain ialah Program Kerja Pelan Tindakan Ekonomi Digital dan Internet APEC (AIDER), penilaian akhir mengenai Matlamat Bogor, Kajian Separuh Penggal Pelan Tindakan Kesalinghubungan APEC, dan penilaian akhir Strategi APEC untuk Mengukuhkan Pertumbuhan Berkualiti.
“Kita perlu melaksanakannya dengan cepat untuk menyelesaikan tugas-tugas yang belum selesai berhubung dokumen ini bagi membolehkan kita mencerminkan pencapaian penting yang berkaitan dalam Deklarasi Pemimpin,” kata Hairil.
Dengan masa yang singkat sebelum AELM, beliau menggesa Pegawai Kanan ekonomi anggota masing-masing untuk menerapkan semangat kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan tersebut.
— BERNAMA
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->