fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kesan Moratorium Tamat Terhadap Pasaran Bursa Malaysia

in Catalyst
A A
Kesan Moratorium Tamat Terhadap Pasaran Bursa Malaysia

Image by Gino Crescoli from Pixabay

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Pada 1 April 2020 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan 6 bulan moratorium bagi membantu peminjam yang kemungkinan secara langsung dan tidak langsung berdepan dengan masalah kewangan berikutan pandemik.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Ada di antara kita yang terpaksa mengikat perut akibat diberhentikan kerja berikutan ekonomi teruk akibat wabak Covid-19.

Ada juga yang dahulunya kerja gah, namun kini terpaksa menukar profesion sebagai penghantar makanan, e-hailing atau menjadi vendor makanan secara kecil-kecilan hanya untuk menyediakan makanan untuk keluarga.

Berkaitan

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Apa Itu Moratorium?

Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda.

Dalam bahasa mudah, dengan adanya moratorium ini para peminjam tidak perlu membayar ansuran bulanan untuk pinjaman mereka selama 6 bulan, tidak pula dikenakan kaedah bunga sepajang tempoh tersebut.

Para peminjam perlu membayar ansuran kembali setelah tamat tempoh moratorium, bermula dari 1 Oktober 2020.

Lanjutan Moratorium 3 Bulan Dan Bantuan Tambahan

Namun begitu, atas dasar keprihatinan kerajaan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan lanjutan moratorium 3 bulan bagi individu yang kehilangan punca pendapatan di samping kerajaan membuat bantuan tambahan dengan melaksanakan pendekatan bersasar.

Kredit gambar : Bernama

Berakhirnya tempoh moratorium ini secara tidak langsung memberi kesan sentimen yang kurang menarik menyebabkan pasaran membuat correction sementara dan penurunan dari segi jumlah dagangan.

Sumber: Bloomberg

Kenaikan jumlah dagangan yang signifikan sebelum ini adalah disebabkan oleh para peruncit yang mempunyai wang lebihan berikutan lebihan wang moratorium yang tak perlu membayar hutang bank serta kadar faedah yang berkurangan menjadikan pasaran ekuiti menjadi pilihan berbanding menyimpan wang lebihan itu di dalam bank.

Apabila keadaan kembali seperti sedia kala, para peminjam terpaksa menyambung semula bayaran bulanan kepada pihak bank, tidak terkecuali juga pinjaman yang telah dilakukan syarikat–syarikat di luar sana.

Hal ini bakal menjadi pemangkin kelembapan ekonomi dan tidak terkecuali juga volume saham–saham yang diperdagangkan kemudian hari.

Musim bullish pasaran Bursa Malaysia mungkin telah berlalu namun diharapkan penurunan ini bersifat sementara seiring dengan perkembangan vaksin Covid-19 bagi menamatkan penat lelah para barisan hadapan serta memberi harapan cerah kepada ekonomi negara untuk kembali pulih seperti sedia kala.

Trade What You See ini merupakan ebook pertama Serikandi sejak menceburkan diri secara aktif dalam dunia pasaran saham bermula dari tahun 2016 yang lalu.

eBook ini akan membantu anda:

1. Bagaimana nak memahami naik turun pasaran saham dan bagaimana nak ambil advantage

2. Anda akan memahami cara dan teknik membaca/mengkaji sesuatu kaunter

3. Anda akan lebih objektif dalam menguruskan dagangan dan bukan dikuasai emosi

4. Anda akan belajar langkah langkah pengurusan apabila terbeli kaunter yang salah

5. Belajar dan memahami hint melalui pembelian shareholders/fundamental analisis

Link Pembelian: eBook Serikandi Saham

Share296ShareSend

Related Posts

Pekat Cadang Ambil Alih 60 Peratus Kepentingan Dalam Apex Power Pada Harga RM96 Juta
Catalyst

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

17 hours ago
Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025
Catalyst

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

20 hours ago
Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

1 day ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In