• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ireka Sedia Bantu Tangani Cabaran Pengangkutan Di Bandar

in Catalyst
A A
Ireka Sedia Bantu Tangani Cabaran Pengangkutan Di Bandar

Sumber Gambar : The Malaysian Reserve

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Ireka Corporation Bhd sedang mencipta kemajuan dalam usahanya untuk menangani cabaran pengangkutan di bandar-bandar negara ini melalui projek perintis Transit Aliran Massa Automatik (ART) di Iskandar Malaysia, Johor. 

Pengarah Eksekutif Kumpulan Chan Chee Kian berkata projek itu sedang dijalankan oleh Mobilus Sdn Bhd, sebuah usaha sama yang diperbadankan pada Ogos tahun lepas membabitkan Ireka dan CRRC Urban Traffic Co Ltd, anggota CRRC Group yang berpangkalan di Shanghai, China. 

“Projek perintis ART yang pertama akan dilaksanakan antara Disember 2020 dan Februari 2021. Kami percaya selepas berjaya menyiapkan projek ini, ART (teknologi trem elektrik) boleh diguna pakai sebagai sistem pengangkutan bandar yang baharu bagi meningkatkan persekitaran pengangkutan awam di Iskandar Malaysia. 

“Kami juga berpendapat sudah tiba masanya untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar-bandar dan kota-kota yang lebih kecil, bagi menangani kesesakan trafik yang tinggi dalam rangkaian jalan raya yang sesak,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini hari ini.

Chan, yang juga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Mobilus berkata Mobilus juga menyokong usaha kerajaan Sarawak dan agensinya dalam menilai daya maju ART untuk Sistem Pengangkutan Bandar Kuching. 

Ireka, yang turut terlibat dalam pembinaan dan pembangunan hartanah, juga membina rekod prestasinya dalam pembangunan hospital, terutama bagi penyedia penjagaan kesihatan swasta. 

Syarikat itu telah memenangi projek Hospital Pakar Regency di Johor dan merancang untuk menender lebih banyak projek jika berpeluang.

“Selain itu, kami juga melihat lonjakan jualan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberangsangkan dalam pembangunan segmen pasaran pertengahan Dwi@Rimbun Kasia di Nilai, Negeri Sembilan, yang berkemungkinan disebabkan oleh pakej jualan agresif kami dan persekitaran kadar faedah yang rendah. 

“Kami juga sedang merancang fasa Rimbun Kasia yang seterusnya, termasuk pembangunan vila rumah bandar yang inovatif yang dipanggil Temu,” kata Chan. 

Menurut Laporan Tahunan Ireka 2020, pelancaran jualan untuk Temu disasarkan pada separuh pertama 2022. 

Pengarah Urusan Kumpulan Ireka, Datuk Lai Voon Hon ketika bercakap mengenai prospek memberitahu beliau optimis bahawa sektor pembinaan akan terus pulih dengan lebih progresif menjelang pertengahan tahun depan. 

“Kami berpendapat keadaan tidak akan menjadi lebih buruk daripada semasa tempoh PKP. Kami berharap kebanyakan projek pembinaan, terutamanya yang bersifat mega, akan disambung semula kerana sektor pembinaan mempunyai kesan pengganda terbesar kepada ekonomi, bermula daripada aktiviti perbankan kepada saham dan pekerjaan,” katanya lagi.

— BERNAMA

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share268ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In