fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

HWGB Biotech, EBI Capai Kemajuan Bangunkan Vaksin Covid-19

in Catalyst
A A
HWGB Biotech, EBI Capai Kemajuan Bangunkan Vaksin Covid-19

Sumber Gambar : Ho Wah Genting

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Ho Wah Genting Bhd (HWGB), HWGB Biotech Sdn Bhd dan rakan usaha samanya E-MO Biology Inc (EBI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat mencapai kemajuan dalam membangunkan vaksin mengelak jangkitan COVID-19 dan penyakit lain yang berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutif HWGB Datuk Aaron Lim berkata mereka dalam kedudukan yang kukuh dan menunjukkan kemajuan untuk membangunkan vaksin itu.

“Sudah tentu kami akan menjadi penggiat yang relevan dalam menghasilkan vaksin yang boleh dipercayai untuk digunakan bukan sahaja di Malaysia, malah, di pasaran yang lebih besar di rantau ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan kerjasama yang dimeterai pada 6 Ogos 2020,  HWGB Biotech akan melabur dan EBI akan menjalankan ujian klinikal fasa IV membabitkan penggunaan vaksin virus poliomyelitis (PVV) sedia ada bagi mengelak COVID-19, di bawah protokol yang ketat oleh Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) .

“Pada 25 Ogos, FDA memohon maklumat lanjut daripada EBI berhubung permohonan Percubaan Awal Ubat Baharu (IND) yang mencadangkan penggunaan PVV bagi pencegahan COVID-19.

“HWGB Biotech tidak perlu membuat pembayaran selain daripada jumlah pelaburan sehinggalah prakelulusan atau pengecualian daripada FDA sebelum IND itu diterima dan urusan paten itu selesai,” menurut HWGB.

Bagi menyokong IND yang dikemukakan kepada FDA, EBI telah memeterai tiga perjanjian iaitu pertama; melantik Dr John Andrews, veteran dalam pembangunan vaksin dan kajian klinikal fasa IV, kedua; EBI menggunakan perkhidmatan Roderick A Comunale II MD Inc untuk mengendalikan penyelidikan klinikal mengenai kesan Vaksin Polio Tidak Aktif (IPV) dan ketiga; bekerjasama dengan America Diagnostic & GeneScan Diagnostics Inc untuk membangunkan sistem diagnostik pendamping.

“Selain itu, EBI akan menjalankan penyelidikan dan pembangunan, ujian, pendaftaran dan pengkomersialan lima aplikasi paten sementara dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan paten itu,” kata HWGB.

— BERNAMA

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share228ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

2 hours ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang
Catalyst

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

1 day ago
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In