KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan terakhirnya bagi suku ketiga dengan ditutup agak tinggi sedikit hari ini disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah dalam kaunter kewangan dan perbankan seperti Maybank, Public Bank, Hong Leong Financial dan RHB.
Bagaimanapun, kaunter berharga rendah mengehadkan kenaikan hari ini apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 696 berbanding 313, manakala 594 kaunter tidak berubah, 507 tidak diniagakan dan 43 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.66 bilion saham bernilai RM2.64 bilion daripada 5.15 bilion saham bernilai RM3.58 bilion yang dicatatkan pada Selasa.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.92 mata untuk ditutup kepada 1,504.82 daripada 1,503.90 .
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 1.87 mata kepada 1,505.77 dan berlegar antara paras 1,497.78 dan 1,512.95 sepanjang hari dagangan.
Seorang penganalisis berkata belian saat-saat akhir dalam kaunter kewangan dan perbankan mengekang indeks daripada terus jatuh.
Beliau berkata minat terhadap kaunter-kaunter ini adalah berikutan berakhirnya moratorium pembayaran semula pinjaman pada hari ini yang mana penganalisis percaya akan meletakkan nisbah pinjaman terjejas kasar di paras yang boleh diurus apabila industri perbankan memulakan pendekatan moratorium bersasar.
“Dengan jangkaan pemulihan pendapatan pada 2021, para pelabur beransur-ansur kembali ke sektor tersebut,” katanya.
Menurutnya, para pelabur juga mendapat keyakinan susulan pengumuman data ekonomi China yang kukuh pada September, mencerminkan pemulihan dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Para peniaga juga melakukan penyesuaian pegangan pada hari terakhir suku ketiga selain memantau data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) bagi September pada Jumaat ini, yang merupakan data terakhir sebelum pilihanraya presiden pada November.
Sementara itu, niaga hadapan indeks ekuiti AS turun pasca perdebatan presiden AS.
Niaga hadapan S&P 500 turun 1.3 peratus, beberapa jam selepas perdebatan hangat antara Presiden Donald Trump dan calon presiden Demokratik Joe Biden.
Pada penutup, saham wajaran tinggi Maybank meningkat enam sen kepada RM7.22, Public Bank naik 12 sen kepada RM15.70, Top Glove turun 17 sen kepada RM8.30 manakala Hartalega susut 80 sen kepada RM16.20.
Dalam kalangan kaunter cergas, XOX susut dua sen kepada 13 sen, Kanger International turun tiga sen kepada 18 sen, Trive Property tidak berubah pada 2.5 sen dan Prestariang menokok 5.5 sen kepada 56.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 7.41 mata kepada 10,831.56, Indeks FBM Emas Shariah turun 37.07 mata kepada 12,900.94 dan FBM 70 berkurangan 44.06 mata kepada 14,128.82.
Indeks FBMT 100 susut 3.56 mata kepada 10,660.70 tetapi FBM ACE meningkat 18.67 mata kepada 9,914.01.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 70.45 mata kepada 12,477.62, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.62 mata kepada 136.85 manakala Indeks Perladangan susut 12.29 mata kepada 7,050.23.
Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 2.80 bilion saham bernilai RM1.99 bilion daripada 2.45 bilion saham bernilai RM2.79 bilion.
Jumlah dagangan waran turun kepada 411.32 juta unit bernilai RM92.99 juta daripada 667.64 juta unit bernilai RM160.82 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.44 bilion saham bernilai RM556.99 juta berbanding 2.12 bilion saham bernilai RM632.91 juta.
Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 614.16 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (768.62 juta), pembinaan (139.08 juta), teknologi (413.34 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (43.58 juta), hartanah (334.04 juta), perladangan (51.91 juta), REIT (10.57 juta), dana tertutup (22,000), tenaga (274.97 juta), penjagaan kesihatan (62.97 juta), telekomunikasi dan media (32.60 juta), pengangkutan dan logistik (36.71 juta) dan utiliti (19.93 juta).
— BERNAMA
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->