fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tidak berubah pada Rabu, menjejaki pasaran saham Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan penurunan sebelum debat presiden, selain prospek sebarang rangsangan tambahan yang dilihat kurang menggalakkan.

Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,504.78, naik 0.88 mata daripada 1,503.90 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks dibuka tinggi 1.87 mata kepada 1,505.77.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 200 berbanding 169, manakala 1,097 kaunter tidak berubah, 644 tidak diniagakan dan 43 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 985.39 juta unit bernilai RM429.54 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata FBM KLCI mencatatkan satu lagi pusingan tekanan jualan pada Selasa berikutan pelabur segera menyimpan keuntungan mereka susulan prospek ekonomi yang kurang memberangsangkan dibentangkan oleh Bank Dunia.

Bank Dunia semalam menyemak semula unjuran prestasi ekonomi Malaysia dengan menurunkan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar kepada penguncupan 4.9 peratus berbanding penguncupan 3.1 peratus pada tahun ini dan ini telah menyebabkan indeks merosot sebanyak 0.5 peratus semasa ditutup, mencatatkan sesi dagangan yang tidak menentu.

“Kami berpendapat aliran meningkat akan menjadi sukar berikutan pemulihan ekonomi terus dilanda oleh kes baharu COVID-19.

“Dalam pada itu, saham berharga rendah turut tidak menentu berikutan penilaian yang kurang menarik pada masa ini,” katanya dalam nota hari ini.

Malacca Securities berkata kaunter teknologi terus mendapat sokongan belian dalam persekitaran permintaan yang kukuh dari semasa ke semasa.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM7.20, Public Bank meningkat enam sen kepada RM15.64, Top Glove merosot tujuh sen kepada RM8.40 dan Hartalega susut 28 sen kepada RM16.72.

Daripada saham cergas, INIX Technologies berkurangan setengah sen kepada 33 sen, Kanger International naik setengah sen kepada 21.5 sen manakala Pegasus Heights dan warannya, masing-masing tidak berubah pada 2.5 sen dan 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 7.2 mata kepada 10,846.17 dan Indeks FBMT 100 naik 4.43 mata kepada 10,668.69.

Indeks FBM Emas Shariah susut 7.14 mata kepada 12,930.88, FBM 70 merosot 1.06 mata kepada 14,171.83 dan FBM ACE berkurangan 8.97 mata kepada 9,886.37.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 46.52 mata kepada 12,453.69, Indeks Perladangan menambah 3.69 mata kepada 7,066.21 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.11 mata kepada 135.34.

— BERNAMA 

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share206ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In