KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi hari ini, dirangsang oleh kegiatan membeli saham berharga murah yang membabitkan kaunter berwajaran tinggi terpilih.
Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 8.23 mata kepada 1,512.13 daripada 1,503.90 ketika ditutup semalam.
Indeks bergerak antara 1,504.35 dan 1,512.50 sepanjang sesi dagangan pagi, selepas dibuka 1.87 mata lebih tinggi pada 1,505.77.
Bagaimanapun, pergerakan harga keseluruhan pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 534 berbalas 321 manakala 690 kaunter tidak berubah, 565 tidak diniagakan dan 43 lain digantung.
Jumlah dagangan ialah sebanyak 3.46 bilion saham bernilai RM1.20 bilion.
Meskipun minat belian muncul kembali di pasaran tempatan, firma broker Rakuten Trade berpendapat FBM KLCI kekal lemah pada sentimen pasaran semasa.
“Wall Street jatuh teruk kerana bimbang gelombang kedua COVID-19 mungkin berlaku. Purata DJI semalam kerugian 131 mata untuk ditutup pada sekitara paras 27,450 dan oleh itu, kami menjangkakan pasaran serantau juga tidak menentu dan menjurus kepada penurunan.
“Di pasaran tempatan, kami mengunjurkan FBM KLCI terus lemah walaupun minat belian muncul kembali untuk kaunter berkaitan pandemik,” katanya.
Seterusnya ia meramalkan indeks petunjuk utama kekal melepasi paras 1,500 dan kemungkinan menguji paras 1,510 hari ini.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM7.20, Public Bank meningkat 28 sen kepada RM15.86, Top Glove dan Tenaga masing-masing susut dua sen kepada RM8.45 dan RM10.58 sementara Hartalega 18 sen lebih rendah pada RM16. 82.
Antara saham paling cergas pula, XOX, yang berhasrat memanfaatkan pasaran penyelesaian Blockchain di Asia Pasifik, menyaksikan sahamnya turun satu sen kepada 14 sen, Kanger International jatuh dua sen kepada 19 sen, Trive Property naik setengah sen kepada dua sen sementara Lambo kekal pada tiga sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 48.49 mata kepada 10,887.46 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 39.39 mata kepada 12,977.41.
Indeks FBM 70 mengukuhkan 34.90 mata kepada 14,207.79, Indeks FBMT 100 naik 50.17 mata kepada 10,714.43 dan FBM ACE meningkat 59.15 mata pada 9,954.49.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 96.10 mata kepada 12,503.27, Indeks Perladangan naik 5.65 mata kepada 7,068.17 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.34 mata kepada 136.57.
– BERNAMA
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->