• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 12 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Petronas Dagangan Berhad (Edisi: 2020)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 12 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Petronas Dagangan Berhad  (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Petronas Dagangan Bhd (KLSE: 5681) (Petdag) merupakan syarikat perdagangan produk petroleum yang tersenarai di Bursa Malaysia. Nilai pasaran Petdag terkini adalah sebanyak RM20.39 bilion.

Di sini, kami akan memberikan rumusan prestasi kewangan Petdag dan membuat penilaian saham syarikat pada harga semasanya iaitu RM20.52.

Mari kita lihat 12 perkara ini sebelum melabur ke dalam Petdag.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Modal Perniagaan

Petdag menjana pendapatannya daripada empat segmen perniagaan yang berbeza, empat segmen tersebut adalah:

1. Runcit

Petdag kini beroperasi dengan lebih daripada 1000 buah stesen minyak gas Petronas dan daripada jumlah tersebut, lebih daripada 700 stesen minyak itu telah membuka Kedai Mesra dan restoran fast food bersama rakan niaganya seperti Subway, McDonald’s, KFC, Starbucks, Tealive dan Burger King.

2.Komersial

Petdag menjual pelbagai jenis produk petroleum seperti Jet A-1, fuel oil, diesel, sulphur, gasoline, kerosene, bitumen, dan petroleum coke kepada lebih daripada 1,000 pelanggan perindustriannya.

3. Liquified Petroleum Gas (LPG)

Petdag menjual LPG di dalam silinder 12kg dan 14kg kepada pelanggan runcitnya dan di dalam silinder 14kg dan 50kg kepada pelanggan komersial melalui lebih daripada 300 peniaga produknya yang berada di seluruh negara. Kini, Petdag merupakan penjual LPG terbesar di Malaysia.

4. Pelincir (Lubricant)

Petdag menjual pelbagai jenis produk pelincir kepada lebih daripada 2,000 pelanggannya di Malaysia.

Sumbangan Perolehan Segmen Kepada Petdag Bagi Tahun 2019

Segmen runcit dan komersial merupakan penyumbang perolehan utama untuk Petdag dan kedua-dua ini telah menyumbang sebanyak 94.0% jumlah perolehan Petdag bagi tahun 2019.

Keputusan Kewangan

5. Keuntungan

Daripada tahun 2012 sehingga tahun 2019, Petdag telah mencatatkan perolehan dan keuntungan bersih yang berpurata sebanyak RM28.50 bilion dan RM 830.83 juta setahun. Jadi, Earnings Per Share (EPS) bagi Petdag berpurata 83.6 sen setahun dalam tempoh tersebut. Maka, Petdag mencapai Return on Equity (ROE) purata sebanyak 15.62% setahun. Ia bermaksud bahawa Petdag berjaya menjana keuntungan bersih sebanyak RM15.62 daripada setiap RM 100 ekuiti pemegangan saham daripada tahun 2012 sehingga tahun 2019.

Chart
Chart

Nota:

Keuntungan bersih pada tahun 2017 yang dikemukakan adalah dihitung selepas mengabaikan keuntungan daripada penjualan Thang Long LPG Company Ltd dan Petronas Energy Philippines Inc pada tahun tersebut.

6. Pengurusan Aliran Tunai

Daripada tahun 2012 sehingga tahun 2019, Petdag menjana RM11.53 bilion untuk aliran tunai operasi dan RM517.00 juta untuk pendapatan faedah. Dalam tempoh 8 tahun tersebut, Petdag telah membelanjakan sebanyak:

– RM2.66 bilion untuk capital expenditures (Capex) bersih. 

– RM1.17 bilion untuk pemulangan hutang jangka bersih.

– RM5.76 bilion untuk pembayaran dividen kepada pemegang saham.

Dengan itu, baki tunainya telah meningkat daripada RM251.30 juta pada tahun 2012 kepada RM3.43 bilion pada tahun 2019.

Chart

7. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 30 Jun 2020, Petdag telah merekodkan RM248.05 juta untuk liabiliti bukan semasa dan RM5.51 bilion untuk ekuiti pegangan saham. Oleh itu, nilai Liabiliti kepada Ekuiti syarikat adalah sebanyak 4.51%.

Pada masa yang sama, Petdag mempunyai aset semasa yang bernilai RM4.05 bilion dan RM2.27 bilion untuk liabiliti semasanya. Jadi, nisbah semasanya adalah 1.78.

8. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Petdag telah mencatat sebanyak RM25.09 bilion dan RM339.68 juta untuk perolehan dan keuntungan bersih bagi tempoh 12 bulan terkini. Jadi, nilai Earning Per Share(EPS) Petdag adalah 34.20 sen.

Daripada jumlah tersebut, ia telah membayar 51.00 sen di dalam Dividends Per Share (DPS).

Bagi suku pertama (Q1) dan suku kedua (Q2) tahun 2020, keputusan kewangan Petdag telah terjejas disebabkan faktor penurunan jualan produk petroleum daripada segi jumlah dan harga oleh kerana berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sepanjang tempoh tersebut.

Chart

Pemilik Utama

9. Siapa Pemilik Utama Terkini Petdag?

Pada 20 Februari 2020, 5 pemegang utama Petdag adalah seperti berikut:

Penilaian Saham

Untuk penilaian ini, kami akan mengabaikan keputusan kewangan Q1 dan Q2 2020 dalam pengiraan P/E Ratio dan kadar dividen Petdag kerana keputusan tersebut bukan gambaran sebenar tentang keupayaan Petdag daripada segi penjanaan perolehan dan keuntungan bersih dalam jangka masa yang panjang.

Harga Petdag terkini adalah RM20.52 sesaham. Maka,

10. P/E Ratio

Pada 2019, Petdag merekodkan 83.5 sen bagi EPS-nya. Maka, P/E Ratio bagi Petdag adalah 24.57, lebih rendah jika dibandingkan dengan P/E Ratio puratanya iaitu berjumlah 29.54 bagi tempoh 2012 sehingga tahun 2019.

P/E Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 20.52 / RM 0.835

= 24.57

11. P/B Ratio

Pada 30 Jun 2020, Petdag telah mencatat sebanyak RM5.54 dalam aset bersih bagi sesaham. Maka, P/B Ratio Petgas terkini ialah 3.70, lebih rendah jika kita membandingnya dengan P/B Ratio puratanya 4.57 bagi tempoh 2012-2019.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 20.52 / RM 5.54

= 3.70

12. Kadar Pembayaran Dividen

Petdag telah membayar dividen sebanyak 70.0 sen sesaham pada tahun 2019. Petdag membayar dividen-nya setiap suku. Kadar dividen terkini bagi Petdag ialah 3.41%, lebih tinggi jika kita dibandingkan dengan kadar pembayaran dividen puratanya yang berjumlah 2.73% pada tahun 2012 sehingga 2019.

Kadar Pembayaran Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.70 / RM 20.52) x 100%

= 3.41%

Chart

Kesimpulan:

Secara kesimpulan, kami mendapati:

Jadi, wajarkah kita melabur ke dalam Petdag pada harga RM20.52 sesaham?

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu tanya diri sendiri, bolehkah kita jumpa syarikat lain yang mempunyai:

a. P/E Ratio yang lebih rendah daripada 24.57?

b. P/B Ratio yang lebih rendah daripada 3.70?

c. Kadar dividen yang lebih tinggi daripada 3.41%?

Daripada jawapan tersebut, kita boleh membuat keputusan sama ada syarikat ini sesuai untuk dilabur atau tidak.

Jika kita tak pasti, lebih baik kita membuat pelan pelaburan peribadi yang lebih terperinci terlebih dahulu sebelum melabur wang  dalam pasaran saham.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share498ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

11 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

11 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

11 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In