KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Pembekal perkhidmatan pembuatan elektronik, V.S. Industry Bhd (V.S. Industry) mencatat keuntungan bersih lebih rendah untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Julai, 2019 berbanding RM165.4 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
Hasil turut menyusut sebanyak 18.5 peratus kepada RM3.24 bilion bagi tahun kewangan 2020 daripada RM3.98 bilion sebelumnya.
Selain itu, kumpulan itu merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM54.1 juta pada suku keempat tahun kewangan 2020 berbanding RM56.3 juta dicatatkan pada suku sama tahun lepas, manakala perolehan berkurangan kepada RM882.6 juta daripada RM1.04 bilion sebelumnya.
Pengarah Urusan V.S. Industry, Datuk S.Y. Gan berkata hasil dan keuntungan syarikat itu berkurangan kerana penutupan sementara kilangnya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan dan jumlah pesanan yang lebih rendah daripada pelanggan utama.
“Kami berpuas hati untuk mencatatkan pemulihan kukuh pada suku keempat bagi tahun kewangan 2020 disebalik persekitaran operasi yang sukar akibat penularan COVID-19. Pesanan daripada pelanggan sedia ada kami kembali meningkat berbanding pada suku sebelumnya.
“Malah, selain daripada model sedia ada, kami juga akan menghasilkan beberapa model baru yang akan digunakan pelanggan kami pada tahun 2021. Untuk pengembangan masa depan, kami merancang untuk meningkatkan kapasiti kami dengan memperoleh kilang baharu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Gan juga berkata bahawa ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah membuka peluang untuk V.S. Industry.
Beliau berkata kumpulan itu mendapat pelanggan baharu, Victory Innovations (Victory) dari AS pada bulan Ogos, 2020 untuk menghasilkan penyembur elektrostatik tanpa wayar berasaskan pemasangan kotak.
Ia adalah petunjuk baik bagi syarikat itu sebagai pembekal utama kepada Victory dan satu lagi bukti mengenai kemampuan dan rekod cemerlang kumpulan itu, selain itu perbincangan dengan pelanggan baharu yang lain masih berjalan ketika ini, katanya.
“Memandangkan prestasi kukuh dicatatkan pada suku di bawah kajian dan perkembangan progresif, Lembaga Pengarah berpendapat prestasi kumpulan akan menjadi lebih baik pada tahun kewangan seterusnya, disokong oleh pemulihan ekonomi di peringkat global dan tempatan,” katanya.
Sementara itu, Lembaga Pengarah mengumumkan dividen interim sebanyak 0.8 sen sesaham untuk suku di bawah kajian. Ia juga telah mencadangkan dividen akhir sebanyak 0.8 sen sekali lagi, tertakluk kepada persetujuan pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan yang akan datang.
“Jumlah dividen sesaham bagi tahun kewangan semasa berjumlah 2.6 sen, mewakili pembayaran sebanyak 41.5 peratus berdasarkan kepada pendapatan bagi tahun kewangan 2020, sebanyak 6.27 sen sesaham,” katanya.
— BERNAMA
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->