• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Southern Cable Mahu Kumpul RM71.2 Juta Daripada Penyenaraian Pasaran ACE

in Catalyst
A A
Southern Cable Mahu Kumpul RM71.2 Juta Daripada Penyenaraian Pasaran ACE
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Southern Cable Group Bhd mahu disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 Okt ini, dengan harga terbitan 34 sen sesaham. 

Pada majlis pelancaran prospektus syarikat itu hari ini, pengeluar kabel dan wayar itu berharap dapat mengumpul RM71.2 juta melalui tawaran awam permulaannya (IPO). 

Menurut prospektus itu, hasil kutipan sebanyak RM18.5 juta itu akan dipakai bagi membeli dan menaik taraf jentera serta peralatan, RM7.5 juta untuk membina kilang baharu dan RM4.0 juta bagi membiayai pembelian termasuk pemasangan sistem teknologi maklumat perancangan sumber perusahaan (ERP). 

“Di samping itu, RM27.5 juta lagi akan diketepikan sebagai modal kerja, manakala RM9.2 juta sebagai pembayaran balik pinjaman bank,” katanya, sambil menambah RM4.5 juta akan digunakan untuk membiayai anggaran perbelanjaan penyenaraian dan RM30 juta bagi perbelanjaan dan pengembangan modal.

Syarikat itu juga merancang untuk membayar dividen minimum sebanyak 15 peratus daripada keuntungan bersihnya, selepas penyenaraian. 

Sementara itu, semasa sidang media, Pengurus Besar Kumpulan Ooi In Keong menjelaskan pada masa ini, syarikat berkenaan sedang membina dua kilang pembuatan kabel dan wayar di Kuala Ketil, Kedah. 

“Dengan jentera dan mesin baharu ini, kedua-dua kilang akan mampu mengembangkan kapasiti pengeluaran kabel dan wayar sebanyak 9,050 kilometer (km) kepada 40,130 km menjelang separuh pertama 2022 berbanding kapasiti pengeluaran tahunan kami pada 2019 iaitu hanya 31,080 km,” katanya. 

Bagi menyokong kapasiti pengeluaran yang lebih tinggi, syarikat itu juga sedang menubuhkan kilang pengeluaran kompaun “polivinyl chloride” (PVC) baharu bersebelahan kilang semasanya di Sungai Petani, Kedah, yang juga dijangka siap menjelang separuh pertama 2022.

“Kami mahu kapasiti pembuatan bahan sebatian PVC kami meningkat sebanyak 4,200 tan kepada 12,000 tan setahun,” katanya. 

Tambahnya, kilang-kilang tersebut akan digunakan bagi mengeluarkan rangkaian produk baharu seperti kabel dan wayar automotif termasuk kabel konduktor aluminium voltan tinggi tahan haba.

Sekarang ini, kabel dan wayar Southern Cable digunakan dalam pelbagai sektor industri seperti pengagihan tenaga, telekomunikasi, bangunan, pembinaan, infrastruktur, industri pembuatan, pemprosesan, termasuk pemprosesan minyak dan gas serta loji petrokimia. 

Pelanggan utamanya terdiri daripada Tenaga Nasional Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS).

Syarikat itu juga membekalkan produknya untuk projek Transit Aliran Massa Sungai Buloh-Kajang (MRT1) serta projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor. 

Menurut Pengarah Urusan Tung Eng Hai, syarikat akan terus mengambil bahagian secara agresif dalam sebarang tender yang diumumkan oleh syarikat berkaitan kerajaan. 

Ooi ketika mengulas mengenai tempahan dalam tangan syarikat itu memberitahu setakat 1 Sept 2020, tempahan dalam tangan Southern Cable berjumlah RM405 juta, yang boleh bertahan sehingga 2022.

Sehingga kini, syarikat itu menguasai hampir enam peratus pasaran kabel dan  wayar di Malaysia.

Kata Ooi lagi, pasaran Malaysia akan kekal sebagai fokus utama mereka memandangkan pasaran tempatan mewakili 87.91 peratus, 98.06 peratus dan 98.40 peratus daripada jumlah hasil syarikat, masing-masing bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2020, 31 Dis, 2019 dan tahun kewangan 2018.

— BERNAMA

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share265ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In