KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) melanjutkan langkah-langkah bantuan sementara berkaitan dengan pembiayaan margin sehingga 31 Disember, 2020.
Tarikh akhir ditetapkan sebelum ini adalah pada 30 September, 2020 .
Kelonggaran di bawah langkah bantuan itu membolehkan broker menguruskan kemudahan pembiayaan margin pelanggan mereka dengan lebih baik selain daripada ketidaktentuan pasaran yang berpanjangan akibat pandemik COVID-19 dan bertujuan mengekalkan kestabilan dalam pasaran, kata SC dan Bursa Malaysia dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini.
Pada sepanjang tempoh tersebut, broker boleh terus menggunakan budi bicara sama ada mahu meneruskan langkah jualan secara paksa kepada pelanggan atau memilih untuk tidak meneruskannya dan menerima jenis jaminan lain daripada pelabur seperti bon, amanah saham, emas dan harta tidak alih untuk tujuan pembiayaan margin.
Sebelum ini, broker harus membubarkan akaun margin pelanggan mereka secara automatik sekiranya ekuiti dalam akaun tersebut susut di bawah 130 peratus daripada baki tertunggak, katanya.
Langkah sementara itu tertakluk kepada broker yang memenuhi nisbah kecukupan modal dan dana pemegang saham seperti yang dikehendaki oleh Bursa Malaysia.
“Mereka perlu menggunakan budi bicara yang sewajarnya dengan mematuhi dasar risiko kredit mereka sendiri. SC dan Bursa Malaysia akan terus memantau perkembangan pasaran sekuriti dan menilai kecukupan langkah-langkah sedia ada itu untuk menyokong pasaran yang teratur dan mengurangkan risiko.
Maklumat lanjut mengenai pelbagai langkah bagi membantu peserta pasaran modal mengurangkan risiko yang wujud akibat penularan COVID-19, boleh diperoleh dengan melayari laman web www.sc.com.my/covid-19.
— BERNAMA
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->