• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Momentum Eksport Malaysia Merosot Akibat Permintaan Lemah Di Peringkat Serantau – MIDF

in Berita
A A
Momentum Eksport Malaysia Merosot Akibat Permintaan Lemah Di Peringkat Serantau – MIDF

Sumber Gambar : Facebook MIDF

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum eksport pada Ogos berikutan permintaan yang lemah dari negara serantau, menyebabkan jumlah eksport negara menguncup 2.9 peratus tahun ke tahun selepas mencatat pertumbuhan positif selama dua bulan berturut-turut.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Investment) berkata eksport daripada rakan dagang utama seperti China dan Amerika Syarikat kekal kukuh pada bulan itu dengan pertumbuhan dua angka tahun ke tahun masing-masing sebanyak 20.9 peratus dan 13.6 peratus, dipacu antara lain oleh jualan produk elektrik dan elektronik (E&E) dan getah.

“Bagaimanapun, eksport ke blok ASEAN yang menyumbang kira-kira 28 peratus daripada jumlah eksport Malaysia dijejaskan oleh lapan peratus tahun ke tahun, diheret turun oleh prestasi eksport secara keseluruhan pada bulan itu,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Menurutnya, penghantaran keluar ke negara-negara utama di blok itu, kecuali Singapura, merosot dengan Thailand mencatatkan penurunan terbesar iaitu 23.9 peratus tahun ke tahun.

“E&E dan produk kimia yang merupakan produk eksport terbesar ke Thailand merosot masing-masing 13.5 peratus tahun ke tahun dan 23.9 peratus tahun ke tahun.

“Sementara itu, Singapura merekodkan pertumbuhan yang kecil iaitu 0.8 peratus tahun ke tahun yang mana prestasi itu dipengaruhi oleh penyusutan jualan produk-produk lain walaupun pertumbuhan eksport yang kukuh sebanyak 11.3 peratus tahun ke tahun dan 26.2 peratus tahun ke tahun dalam E&E dan produk petroleum,” katanya.

MIDF Investment berkata permintaan yang lembap dari negara-negara serantau mencerminkan keadaan ekonomi di negara-negara itu yang terjejas ketara akibat pandemik dan mengambil masa lebih panjang untuk mencatat pemulihan yang mampan.

Bagaimanapun, menurutnya eksport semula Malaysia mencatatkan pengembangan 8.5 peratus tahun ke tahun, namun tidak mampu mengimbangi penguncupan eksport domestik pada 4.9 peratus tahun ke tahun berikutan eksport domestik menyumbang 82 peratus daripada jumlah eksport.

Sementara itu, MIDF Investment berkata import terus berada dalam segmen negatif walaupun meningkat  -6.5 peratus tahun ke tahun daripada -8.7 per cent tahun ke tahun pada Julai.

“Memandangkan import berdepan kesukaran berbanding eksport, lebihan dagangan adalah sebanyak RM13.2 bilion. Berasaskan bulanan, eksport dan import masing-masing merosot 14.5 peratus bulan ke bulan dan 2.2 peratus bulan ke bulan,” katanya.

MIDF Investment berkata ia mengekalkan unjuran pertumbuhan eksport sebanyak -3.5 peratus tahun ke tahun pada 2020 berikutan jualan produk-produk yang terpilih terutamanya produk E&E, minyak sawit dan getah.

“Kami menjangkakan aliran peningkatan jualan secara keseluruhan bagi produk-produk ini akan berterusan sepanjang tahun ini sejajar dengan pembukaan semula aktiviti-aktiviti di peringkat global,” katanya.

Menurutnya, permintaan bagi produk E&E dijangka terus meningkat secara berperingkat, disokong oleh segmen-segmen tertentu seperti peranti perubatan dan elektronik yang membantu amalan norma baharu untuk bekerja dari rumah.

MIDF Investment berkata jangkaan yang sama turut diberikan kepada produk pertanian berasaskan minyak sawit dan minyak sawit memandangkan eksport akan disokong oleh penggantungan duti eksport minyak sawit sehingga Disember 2020.

Permintaan ke atas produk getah khususnya sarung tangan perubatan dijangkakan terus mencatat peningkatan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun depan, katanya.

“Di sebalik pemulihan yang positif, penghantaran keluar akan terus rendah berbanding tahun lepas berikutan pelbagai risiko aliran penurunan terus berlaku termasuk gelombang baharu COVID-19 dan peningkatan fahaman perlindungan kerana ia akan menghalang sebahagian besar usaha negara-negara itu untuk memulakan semula ekonomi masing-masing,” katanya.

— BERNAMA

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share208ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In