KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Anak syarikat Key Alliance Group Bhd, Agrocloud Sdn Bhd, memeterai usaha sama dengan Rimbun Daun Ventures (RDV) dan Fortifoods Sdn Bhd untuk membangunkan platform pengurusan pengeluaran beras bersepadu iaitu Sistem Pengurusan Maklumat Beras (RIMS).
Dalam kenyataan hari ini, Key Alliance berkata projek itu sejajar dengan agenda kerajaan Persekutuan bagi menangani keselamatan makanan negara dengan mempromosikan agro teknologi dan pertanian persis.
Projek berkenaan bertujuan mengurangkan subsidi petani nasional dan meningkatkan pendapatan keseluruhan pekebun kecil padi dengan memanfaakan teknologi terkini.
“Berikutan jaminan makanan yang menjadi isu berlarutan serta pendigitalan dan teknologi menjadi fokus utama peralihan ini pada masa depan, kumpulan ini menyifatkannya sebagai projek penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai sistem pengkomputeran awan dan Internet Pelbagai Benda (IoT) untuk menambah baik pertanian tradisional,” katanya.
Menerusi usaha sama ini, Agrocloud Sdn Bhd akan menyediakan sistem awan yang komprehensif untuk menyampaikan data IoT yang diambil daripada sawah untuk analisis, tafsiran dan digunakan oleh pihak berkuasa dan pekebun kecil.
Selain itu, dalam usaha sama ini, RDV menyumbang projek pembangunan berkaitan padi yang berlainan, bernilai RM350,000.
Projek itu akan dijalankan di Sekinchan, Selangor dengan RDV akan menyediakan sistem pemantauan pertanian secara jarak jauh serta data pemantauan kesihatan tanaman aerial.
Sementara itu, Fortifoods Sdn Bhd menyertai konsortium itu sebagai pengurus projek di lapangan, menggunakan sensor IoT dan sebelum ini berjaya melancarkan produk beras diperkaya bukan GMO (makanan terubah suai genetik).
— BERNAMA
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->