KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal lebih rendah dan berada dalam zon merah berikutan kegiatan pengambilan untung terutamanya membabitkan saham berkaitan penjagaan kesihatan, selepas mencatatkan keuntungan pagi ini.
Top Glove merosot 36 sen kepada RM8.41 sementara Hartalega kerugian 42 sen kepada RM17.
Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 490 berbalas 408 manakala 417 kaunter tidak berubah, 794 tidak diniagakan dan 43 lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 2.73 bilion saham bernilai RM1.7 bilion.
Bagaimanapun, seorang penganalisis berkata kerugian berjaya dikekang oleh aktiviti belian pada kaunter perbankan berikutan berakhirnya moratorium enam bulan, yang menyaksikan nisbah susut nilai pinjaman kasar (GIL) pada paras yang boleh diuruskan.
“Tambahan pula, ini adalah pengakhir untuk suku ketiga, maka, ramai pengurus portfolio mengambil peluang untuk membeli dan ini termasuklah saham kewangan dan perbankan,” kata beliau.
Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.32 mata kepada 1,510.34 daripada 1,511.66 ketika ditutup hari sebelumnya.
Ia bergerak antara 1,500.52 dan 1,517.33 sepanjang sesi dagangan pagi, selepas dibuka 1.09 mata lebih tinggi pada 1,512.75.
Penganalisis itu menambah bahawa rangsangan fiskal baharu yang dicadangkan oleh ahli politik AS serta laporan ekonomi China yang lebih kukuh telah membantu sentimen pelabur dan menyokong pasaran ekuiti.
“Tetapi para pelabur masih terus memantau debat Presiden AS pertama yang dijadualkan berlangsung hari ini,” tambah beliau.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Tenaga masing-masing naik 10 sen kepada RM7.20 dan RM10.72 sementara IHH dan Petronas Chemicals masing-masing susut satu sen kepada RM5.25 dan RM5.50.
Saham-saham paling cergas pula, XOX turun 2.5 sen kepada 15 sen, Ikhmas Jaya merosot 1.5 sen kepada 16.5 sen, Kanger International meningkat satu sen kepada 21.5 sen sementara Priceworth tidak berubah pada tiga sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 11.10 mata kepada 10,876.18 dan Indeks FBM Emas Shariah lebih rendah 72.85 mata kepada 12,972.20.
FBM 70 menyusut 19.39 mata kepada 14,183.21, Indeks FBMT 100 turun 10.71 mata pada 10,700.27 dan FBM ACE lemah 73.71 mata kepada 9,980.14.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 134.29 mata kepada 12,461.75, Indeks Perladangan naik 17.48 mata kepada 7,081.06 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.30 mata kepada 136.07.
– BERNAMA
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->