KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini yang dijejaskan oleh aktiviti pengambilan untung membabitkan saham-saham wajaran tinggi yang didahului oleh Top Glove, Hartalega, Tenaga dan PPB.
Bagaimanapun, penyusutan bursa tempatan itu dapat dikekang daripada berterusan susulan laporan mengenai tindakan penggubal dasar Amerika Syarikat (AS) semakin menghampiri usaha melaksanakan rangsangan fiskal baharu yang terbukti mendorong sentimen pelabur.
Namun, sentimen berhati-hati jelas masih ketara ketika penggiat pasaran menunggu debat pertama membabitkan calon pemilihan presiden AS yang dijadualkan hari ini.
Sewaktu ditutup, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.76 mata kepada paras 1,503.90 berbanding 1,511.66 pada Isnin.
Indeks berkenaan dibuka menokok 1.09 mata kepada 1,512.75 dan mencecah sehingga ke paras 1,517.33 dalam sesi dagangan hari ini.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 612 berbanding 412 manakala 431 kaunter tidak berubah, 654 tidak didagangkan dan 43 lain digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 5.15 bilion saham bernilai RM3.58 bilion daripada 5.17 bilion saham bernilai RM3.51 bilion sebelum ini.
Seorang penganalisis berkata berakhirnya moratorium menyeluruh pada akhir bulan ini yang mungkin meletakkan nisbah susut nilai pinjaman kasar pada paras terkawal menerusi permulaan secara moratorium bersasar, turut membantu peningkatan saham-saham perbankan pada hari ini.
“Harga saham-saham perbankan ke atas nisbah harga nilai buku lebih berbanding nisbah tempahan adalah rendah ketika pelabur terus berhati-hati terhadap langkah moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan itu.
“Bagaimanapun sekarang dengan pemulihan pendapatan dijangkakan berlaku pada 2021, kalangan pelabur kini beralih semula terhadap sektor perbankan sebelum angka-angka menjadi lebih lemah,” katanya kepada Bernama.
Malah, menurut penganalisis tersebut, susulan tempoh akhir suku ketiga ketika ini juga menyaksikan kebanyakan pengurus portfolio mengambil kesempatan membeli saham-saham berdaya tahan yang turut meliputi saham kewangan dan perbankan.
Sentimen sama turut dicatatkan oleh pasaran ekuiti lainnya.
Kaunter perbankan misalnya membantu memacu Indeks S&P 500 mencatat paras tertinggi dalam tempoh dua minggu apabila pelabur merebut peluang pembelian selepas bursa berkenaan jatuh ke paras terendah minggu lepas.
HSBC misalnya menokok hampir sembilan peratus selepas pemegang saham terbesarnya bertindak menambah pegangannya.
Sewaktu ditutup, saham wajaran tinggi Maybank untung enam sen kepada RM7.16, Public Bank naik 16 sen kepada RM15.58 manakala Top Glove merosot 30 sen kepada RM8.47 dan Hartalega kehilangan 42 sen kepada RM17.
Saham aktif menyaksikan XOX susut 2.5 sen kepada 15 sen, Kanger International naik setengah sen kepada 21 sen, waran MMAG menambah 3.5 sen kepada 18.5 sen manakala Mtouche tidak berubah pada 5.5 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas susut 48.32 mata kepada 10,838.97, Indeks FBM Emas Syariah Index merosot 107.03 mata kepada 12,938.02 dan FBM 70 menguncup 29.71 mata kepada 14,172.89.
Indeks FBMT 100 berkurangan sebanyak 46.72 mata kepada 10,664.26 dan FBM ACE merosot 158.51 mata kepada 9,895.34.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 79.71 mata kepada 12,407.17, Indeks Perladangan turun 1.06 mata kepada 7,062.52 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri merosot 0.54 mata kepada 135.23.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 2.45 bilion saham bernilai RM2.79 bilion daripada 2.74 bilion saham bernilai RM2.71 bilion, sebelum ini.
Waran bertambah kepada 667.64 juta unit bernilai RM160.82 juta berbanding 511.26 juta unit bernilai RM145.67 juta.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 2.12 bilion saham bernilai RM632.91 juta berbanding 1.91 bilion saham bernilai RM652.28 juta.
Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 646.62 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (786.55 juta), pembinaan (173.20 juta), teknologi (208.09 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (53.67 juta), hartanah (143.32 juta), perladangan (43.98 juta), REIT (7.44 juta), dana tertutup (20,000), tenaga (201.52 juta), penjagaan kesihatan (110.76 juta), telekomunikasi dan media (35 juta), pengangkutan dan logistik (20.36 juta) dan utiliti (24.25 juta).
— BERNAMA
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->