• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Diiktiraf Sebagai Bursa Saham Terbaik Untuk Penyenaraian Islam Oleh IFN

in Catalyst
A A
Kenaikan Pasaran Saham Beri Manfaat Inklusif Kepada Semua — Bursa Malaysia

Sumber Gambar : Bursa Malaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia (“Bursa Malaysia” atau “Bursa Saham”) telah diiktiraf sebagai ‘Bursa Saham Terbaik untuk Penyenaraian Islam’ oleh Islamic Finance News (“IFN”) menerusi Undian Penyedia Perkhidmatan IFN Tahunan kali ke-14 baru-baru ini.

Ia merupakan pengiktirafan untuk tahun kedua berturut-turut yang dirangkul oleh Bursa Malaysia bagi kategori ini yang diperkenalkan pada tahun 2018 bertujuan mengiktiraf bursa saham paling cemerlang bagi penyenaraian sekuriti patuh Syariah dalam ekosistem yang mendayakan dan kondusif.

Mengulas tentang pengiktirafan ini, Datuk Muhamad Umar Swift iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia berkata, “Malaysia diakui oleh banyak pihak sebagai peneraju global dalam pasaran kewangan Islam, justeru, Bursa Malaysia berbangga dapat memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhannya. Bersama dengan sokongan daripada broker-broker Islam kami, Bursa Malaysia akan terus mengembangkan dan menyediakan lebih banyak peluang patuh Syariah kepada penerbit dan juga pelabur.

“Pengiktirafan global daripada IFN ini merupakan satu lagi kejayaan yang akan mendorong usaha berterusan kami untuk terus memajukan dan memperkukuhkan keupayaan Bursa Malaysia di pasaran modal Islam.”

Sehingga 31 Ogos 2020, nilai permodalan pasaran syariah adalah berjumlah RM1.2 trilion atau 71.1% daripada keseluruhah nilai permodalan pasaran. Sebagai bursa pasaran pesat membangun yang terkemuka, Bursa Malaysia menawarkan pelbagai sekuriti patuh Syariah yang disenaraikan di Pasaran Utama, ACE dan LEAP. Bagi tempoh yang sama, 715 atau 76.6 peratus daripada 933 syarikat yang tersenarai di Bursa adalah patuh Syariah, yang boleh didagangkan di Bursa Malaysia-i, platform pelaburan patuh Syariah menyeluruh yang pertama di dunia.

Bursa Malaysia-i menggabungkan pelbagai perkhidmatan berkaitan Bursa yang patuh Syariah termasuk penyenaraian, dagangan, perkhidmatan pelunasan dan depositori, sekaligus mengukuhkan kepemimpinan Bursa Malaysia sebagai pasaran global untuk penyenaraian dan pelaburan Syariah.

Tentang Bursa Malaysia

Bursa Malaysia ialah syarikat pemegangan bursa yang diperbadankan pada tahun 1976 dan disenaraikan dalam tahun 2005, dan telah berkembang menjadi salah sebuah daripada bursa terbesar di ASEAN hari ini. Bursa Malaysia mengendalikan dan mengawal bursa saham yang bersepadu sepenuhnya yang menawarkan pelbagai kemudahan berkaitan bursa yang komprehensif, dan komited kepada Mencipta Peluang, Mengembangkan Nilai. Ketahui lebih lanjut di www.bursamalaysia.com.

HUBUNGI: Rizal Zaidi Zainudin, Komunikasi Strategik Kumpulan, Strategi Korporat, Sambungan Terus: +603 2034 7271, Faks: +603 2732 6160, E-mel: [email protected]

SUMBER: Bursa Malaysia Berhad

–BERNAMA

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share297ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In