fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Solarvest Optimis Terhadap Prospek Niaga, Pergiat Usaha Pengembangan

in Catalyst
A A
Solarvest Optimis Terhadap Prospek Niaga, Pergiat Usaha Pengembangan

Sumber Gambar : Solarvest

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Pakar sistem solar fotovolta (PV), Solarvest Holdings Bhd positif terhadap prospek perniagaan itu selain memperhebatkan usaha pengembangannya di pasaran domestik dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Davis Chong Chun Shiong berkata syarikat turut mengambil pendekatan strategik bagi memastikan daya tahan serta kemapanan untuk tahun kewangan (TK) 2021.

“Di sebalik ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19, kami sebaliknya terus menyaksikan permintaan kukuh terhadap sistem PV yang merentasi semua segmen.

“Tender-tender projek kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) kami juga semakin meningkat apabila lebih banyak syarikat kini beralih kepada tenaga solar untuk mendapatkan manfaat ekonomi selain memenuhi matlamat lestari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata projek-projek pemasangan bumbung PV merupakan 90 peratus daripada jumlah tempahan semasa syarikat itu.

“Lonjakan bilangan projek itu sememangnya positif untuk kami kerana ia memberi ketetapan dari segi prestasi kewangan dan seiring dengan sumbangan besar program-program solar skala besar (LSS).

“Ini jelas dipaparkan menerusi prestasi TK2020 yang mana hasil daripada segmen kediaman, komersial dan perindustrian meningkat sebanyak 152 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Malah, didorong oleh latar belakang yang positif, Solarvest kini membangunkan kapasiti inventori dan kewangannya bagi memperkukuh kedudukan selain membuat persiapan untuk projek yang dirancangkan di Malaysia, terutamanya program LSS@Mentari Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

“Fasa keempat program LSS itu menarik berikutan kuota yang ditawarkan – 1,000 megawatt adalah yang terbesar setakat ini dan penyertaannya pula hanya terhad untuk penggiat tempatan.

“Kami akan mengambil bahagian dalam program itu sebagai pemilik aset bersama dalam bidaan projek-projek EPCC. Ini dilakukan dengan memanfaatkan rekod prestasi yang kukuh dalam LSS1 dan LSS2,” katanya.

Chong berkata, syarikat itu juga meningkatkan kehadirannya di peringkat antarabangsa seperti di Filipina yang merupakan sasaran pasaran pertamanya selain Taiwan.

“Pengembangan di peringkat antarabangsa adalah penting bagi mempelbagaikan portfolio kami. Malah, kami sedang bekerjasama dengan penggiat tenaga tempatan bagi melonjakkan penyertaan dalam kedua-dua negara itu dan telah menghantar kumpulan untuk memulakan usaha pembidaan projek.

“Kami yakin dapat meningkatkan pertumbuhan portfolio luar negara yang didorong oleh rekod prestasi yang pelbagai dari segmen kediaman sehinggalah solar berskala besar,” katanya.

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Pekat Cadang Ambil Alih 60 Peratus Kepentingan Dalam Apex Power Pada Harga RM96 Juta
Catalyst

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

17 hours ago
Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025
Catalyst

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

19 hours ago
Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

1 day ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In