• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sentimen Perniagaan Malaysia Tunjuk Sedikit Peningkatan : Dun & Bradstreet

in Berita
A A
Sentimen Perniagaan Malaysia Tunjuk Sedikit Peningkatan : Dun & Bradstreet

Sumber Gambar: financial-world

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Sentimen perniagaan dalam kalangan syarikat Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan walaupun masih lagi kekal berada dalam zon penguncupan untuk suku keempat 2020 (Q420), demikian menurut kajian Indeks Keyakinan Perniagaan (BOI) Dun & Bradstreet (D&B) Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, D&B berkata BOI meningkat +0.50 mata peratusan kepada -12.83 mata peratusan pada Q420 daripada -13.33 mata peratusan pada Q320.

Berdasarkan tahun ke tahun, BOI merosot -22.41 mata peratusan kepada -12.83 mata peratusan pada Q420 daripada +9.58 mata peratusan pada Q419.

D&B berkata enam petunjuk perniagaan di bawah kajian BOI setiap suku tahun termasuklah jumlah jualan, untung bersih, harga jualan, tahap inventori, pekerja dan pesanan baharu.

Jumlah jualan menokok kepada -16.67 mata peratusan pada Q420 daripada -19.20 mata peratusan pada Q320.

Untung bersih meningkat kepada -20.63 mata peratusan pada Q420 daripada -22.40 mata peratusan pada  Q320.

Pesanan baharu pula melonjak kepada -1.59 mata peratusan pada Q420 daripada -12.00 mata peratusan pada Q320.

Ia berkata kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan telah menunjukkan sedikit peningkatan sementara sektor pembinaan dan perdagangan borong paling pesimis pada Q420.

Ketua Pegawai Eksekutif  Dun & Bradstreet (Malaysia) Sdn Bhd Audrey Chia berkata peningkatan dalam keyakinan pengguna dan kebangkitan aktiviti pembuatan sejak beberapa bulan lepas adalah disebabkan terdapat tanda-tanda pemulihan secara beransur-ansur dalam beberapa sektor tertentu ekonomi Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata masih terlalu awal untuk meramalkan apakah sentimen ini akan terus menunjukkan aliran peningkatan kerana ekonomi global masih lagi terbelenggu dengan impak pandemik COVID-19.

— BERNAMA

Share250ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

6 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

8 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

8 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In