• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Penjualan Asing Di Bursa Malaysia Berkurangan Pada September

in Berita
A A
Penjualan Asing Di Bursa Malaysia Berkurangan Pada September

Sumber Gambar : Facebook Bank Islam Investment

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — September dijangka menjadi satu lagi bulan yang mencatatkan aliran keluar bersih asing walaupun berbaki tiga hari dagangan sahaja lagi bagaimanapun aktiviti penjualan berkurangan pada kadar lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya.

Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata setakat ini aliran keluar dana asing daripada Bursa Malaysia merekodkan nilai RM1.43 bilion.

Beliau berkata bagi tempoh Mac hingga Julai, dana asing mengeluarkan lebih RM2 bilion setiap bulan.

Bagi prestasi minggu lepas, penjualan ekuiti tempatan di Bursa Malaysia oleh dana asing menyusut kepada RM350.7 juta bagi keseluruhan minggu, daripada RM558.4 juta bersih pada minggu sebelumnya.

“Ia merupakan permulaan minggu yang disifatkan agak tidak terkawal memandangkan pelabur antarabangsa menjual ekuiti tempatan bernilai RM256 juta bersih pada Isnin, menyeret bursa tempatan turun 0.4 peratus untuk ditutup di bawah 1,500 mata buat kali pertama dalam tempoh tujuh hari dagangan.

“Penjualan pada Isnin dipengaruhi Wall Street yang ditutup rendah pada Jumaat selain langkah People’s Bank of China di Beijing memutuskan kadar faedah tidak berubah, telah mengecewakan pelabur yang mengharapkan rangsangan,” katanya kepada Bernama.

Adam berkata pada Selasa, pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia dengan mencatatkan nilai RM127.4 juta bersih, manakala bursa serantau lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipina pula mengalami aliran keluar bersih asing.

Indeks FBM KLCI meningkat semula 0.4 peratus untuk ditutup pada 1,505.8 mata pada Selasa sekali gus mencatatkan aliran berbeza berbanding prestasi lemah pasaran serantau lain.

“Penghindaran risiko mempengaruhi pasaran rantau ini memandangkan saham-saham menjejaki penurunan di ekuiti Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh semalaman ketika kebimbangan mengenai sekatan ekoran COVID-19 dan prospek rangsangan fiskal AS.

“Sementara itu, Bursa Malaysia berada pada prestasi kukuh susulan minat belian terhadap saham perbankan yang turut membentuk indeks FBM KLCI. Semua saham perbankan dalam FBM KLCI meningkat pada hari sama kecuali CIMB Group Holdings yang kekal tidak berubah,” katanya.

Bagaimanapun, aliran masuk bersih asing dicatatkan hanya dalam tempoh singkat apabila dana antarabangsa mengeluarkan nilai bersih RM139.1 juta pada Rabu.

Adam berkata ini disebabkan pasaran mengalami kejutan sehingga mencecah di bawah 1,500 mata untuk kali kedua dalam seminggu, susulan timbul kegelisahan politik daripada dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau memperoleh majoriti sokongan anggota Parlimen untuk membentuk kerajaan.

“Pelabur antarabangsa kembali membeli pada Khamis, memperoleh RM42.2 juta bersih ekuiti tempatan dengan kaunter sarung tangan getah menjadi pilihan pelabur, walaupun Wall Street mengalami penjualan dalam tempoh semalaman berikutan kebimbangan peningkatan kes COVID-19 dan kurangnya kemajuan berhubung pakej rangsangan fiskal oleh Kongres AS.

“Justeru, Malaysia ialah satu-satunya pasaran dalam kalangan negara ASEAN, iaitu Thailand, Indonesia dan Filipina, yang mengalami aliran masuk bersih asing,” katanya.

Sementara itu, pelabur luar pesisir tidak memasuki pasaran pada Jumaat, menjual RM125.2 juta ekuiti tempatan menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah pada Sabtu.

“Kebimbangan dengan menjelangnya hari pengundian bagaimanapun dipengaruhi oleh laporan mengenai penyediaan pakej perbelanjaan bernilai kira-kira US$2.4 trilion oleh pihak Demokrat AS dan mungkin membawa rang undang-undang itu untuk diundi minggu ini.

“Bagaimanapun, FBM KLCI kukuh dengan ditutup 0.6 peratus lebih tinggi didorong keputusan FTSE Russell mengekalkan Malaysia dalam senarai pemantauan Indeks Bon Kerajaan Dunia,” katanya.

Dari segi penyertaan, nilai dagangan harian purata (ADTV) pelabur asing kekal kukuh melebihi nilai RM1.0 bilion minggu lepas.

Pelabur runcit muncul sebagai penjual bersih ekuiti tempatan setiap hari, menjual RM111 juta bersih ekuiti tempatan pada Khamis, tertinggi bagi tempoh lebih sebulan.

“Selain itu, kami mendapati penyertaan mereka masih baik dengan ADTV bergerak melebihi paras RM3 bilion bagi minggu lepas,” katanya.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In