• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Moody’s: Axiata Dijangka Terus Cari Peluang Pengukuhan, Pengambilalihan Kecil-Kecilan

in Catalyst
A A
Anak Syarikat Axiata Di Bangladesh Dapat Kelulusan BSEC Untuk Penyenaraian

Sumber Gambar : Reuters

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Axiata Group Bhd dijangka terus mencari peluang pengukuhan dalam negara serta pengambilalihan kecil-kecilan untuk berkembang secara tidak organik yang mana sekiranya dibiayai hutang akan meningkatkan kadar tahap hutang syarikat itu, kata Moody’s Investors Service.

Moody’s berkata anak syarikat Axiata, edotco Group Sdn Bhd, dijangka terus berkembang secara besar-besaran menerusi pengambilalihan dibiayai hutang yang boleh menjejaskan metrik kadar tahap hutang kumpulan disatu.

“Bagaimanapun, pengurusan terus komited mengekalkan kadar tahap hutang kasar dilapor  Axiata di bawah 2.5 kali dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang,” kata agensi penarafan itu dalam satu nota hari ini.

Moody’s berkata kumpulan itu menumpukan kepada peluang pertumbuhan bukan organik sepanjang dekad lepas tetapi ia dibiayai secara berhemat untuk memastikan disiplin kewangan dan komitmen kepada ambang penarafannya. 

Kumpulan itu juga menjual pegangan minoritinya kepada pelabur strategik dari semasa ke semasa bagi meningkatkan mudah tunai dan mengawal kadar tahap hutang di samping memastikan tahap hutang tidak akan melebihi 2.5-3.0 kali.

Selain itu, Moody’s juga menjangka Axiata boleh menampung risiko pasaran dalam profil kredit semasanya memandangkan disiplin kewangan yang diterapkan di peringkat kumpulan dan anak syarikat operasi utama. 

“Pertumbuhan perniagaan di PT XL Axiata, Robi Axiata Ltd, Dialog Axiata Plc dab Ncell Axiata Ltd dicapai dengan tahap kadar hutang dilaporkan berada di bawah 2.5-3.0 kali sejak 2013. Selain itu, Axiata menerima dividen daripada pelaburannya dalam syarikat telekomunikasi pasaran sedang pesat membangun yang menunjukkan kematangan perlahan-lahan pasaran tersebut,” kata agensi tersebut. 

Pelaburan di pasaran sedang pesat membangun dan utama Axiata juga memacu pertumbuhan dan mengekalkan kualiti kredit stabil dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang. 

Mengenai prestasinya, hasil Axiata dijangka berkembang 2.0-2.5 peratus pada 2020 dan 2021, meskipun penurunan hasil satu digit Celcom Axiata Bhd.

“Pertumbuhan operasi di pasaran sedang pesat membangun termasuk pendapatan stabil daripada edotco Group akan membantu mengurangkan penyusutan hasil di Celcom,” kata agensi itu.

Celcom ketika ini menyumbang 26 peratus daripada hasil disatu dan sumbangannya kepada kumpulan diunjur susut kepada 25 peratus bagi tempoh 2020-2021, daripada 30 peratus pada 2018.

— BERNAMA 

Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In