• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pulau Pinang Dijangka Kurangkan Atau Kecualikan Kadar Cukai Taksiran Bagi 1,467 NPO

in Berita
A A
Pulau Pinang Dijangka Kurangkan Atau Kecualikan Kadar Cukai Taksiran Bagi 1,467 NPO

Sumber Gambar : Tuah Roslan/Shutterstock

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) — Kerajaan negeri Pulau Pinang dijangka mengurangkan atau mengecualikan kadar cukai taksiran tahunan bagi 1,467 organisasi bukan berasaskan keuntungan (NPO) berjumlah RM2.56 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata ini akan melibatkan 902 NPO di pulau itu dan 565 di tanah besar, dengan pengecualian cukai tahunan sebanyak RM1.66 juta dan RM900,000 akan diluluskan oleh majlis bandaraya masing-masing.

“Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat mengenai semua organisasi yang menjalankan kerja-kerja amal dan kami akan mempertimbangkan untuk pengecualian atau pengurangan kepada sebarang cukai yang dikenakan oleh kerajaan tempatan.

“Paling penting bagi kami untuk mengenal pasti organisasi yang benar-benar layak dan benar-benar membantu masyarakat,” katanya kepada pemberita di Ramakrishna Asrama Penang di sini hari ini yang dikecualikan oleh kerajaan negeri daripada membayar kadar cukai taksiran berjumlah RM20,754.

Beliau berkata pengecualian dan pengurangan kadar taksiran cukai tahunan terletak di bawah Seksyen 134 dan 135 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Menurut Seksyen 134, pihak berkuasa negeri boleh mengurangkan atau mengecualikan pembayaran kadar taksiran cukai untuk NPO awam seperti rumah ibadat, tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen, sekolah awam dan tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains, sastera atau seni halus serta digunakan semata-mata bagi maksud rekreasi, sosial atau kebajikan.

Jagdeep berkata beliau berharap garis panduan yang lebih komprehensif akan diperkenalkan, terutamanya untuk Seksyen 135 akta itu untuk menghuraikan dengan jelas mengenai “maksud rekreasi, sosial atau kebajikan” yang boleh mendapat pengecualian.

Beliau berkata banyak NPO yang tidak termasuk di bawah Seksyen 134 akan memohon di bawah Seksyen 135.

“Sebelum COVID-19, kerajaan negeri dalam perbincangan untuk melaksanakan garis panduan yang sesuai bagi Seksyen 135. Tetapi sekarang, dengan pandemik yang masih ada, perbincangan telah terhenti,” katanya.

— BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

11 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In