• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini dengan Malaysia terus dikekalkan dalam senarai pemerhatian Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI) FTSE.

Pada pukul 9.11 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 11.33 mata atau 0.76 peratus kepada 1,512.13 daripada 1,500.8 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 7.15 mata lebih tinggi pada 1,512.13.

Bagi pergerakan harga keseluruhan pasaran, saham untung mengatasi rugi 313 berbalas 109 manakala 265 kaunter tidak berubah, 1,394 tidak diniagakan dan 21 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 470.17 juta unit bernilai RM398.45 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata keputusan FTSE Russell mengekalkan bon Malaysia dalam senarai pemerhatian akan mengurangkan sedikit prospek pengeluaran modal asing seterusnya.

“Saham-saham murah dan pergerakan harga keseluruhan pasaran dijangka menyaksikan fasa kestabilan kerana para pelabur mungkin beralih kepada saham yang lebih defensif terutama menjelang pilihan raya negeri Sabah hujung minggu ini,” katanya dalam satu nota.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM7.12, Top Glove mengukuh 36 sen kepada RM8.91, TNB menambah empat sen kepada RM10.86, Hartalega naik 92 sen kepada RM16.82, sementara Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing kekal pada RM15.52 dan RM5.25, Sime Darby Plantation turun dua sen kepada RM5.03 dan MISC lega sembilan sen kepada RM7.36.

Saham paling cergas pula, HLT Global naik lapan sen kepada RM1.75, Careplus meningkat 16 sen kepada RM3.31, MTAG menambah 2.5 sen kepada 77.5 sen, Pegasus Heights dan EA Holdings, masing-masing tidak berubah pada 2.5 sen manakala Kanger International jatuh satu sen kepada 22.5 sen sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 85.81 mata kepada 10,855.31 dan Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 130.79 mata kepada 12,960.81.

FBM 70 mengembang 131.85 mata kepada 14,049.87, Indeks FBMT 100 naik 85.14 mata kepada 10,684.23 dan FBM ACE meningkat 17.02 mata pada 10,250.76.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 20.49 mata kepada 12,355.93, Indeks Perladangan turun 6.84 mata kepada 7,064.91 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.25 mata ke 132.45.

– BERNAMA

Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In